MALAYSIAKINI
Seorang warganegara British melabur AS$2.04 juta (RM5.02 juta) dalam
firma kontroversi Doxport Technologies (M) Sdn Bhd selepas diperkenalkan
oleh dua individu, demikian Mahkamah Sesyen Petaling Jaya diberitahu
hari ini.
Doxport, yang dikaitkan dengan bekas bendahari Umno Datuk Abdul Azim
Mohd Zabidi, mencuri perhatian selepas pelabur British itu memfailkan
saman dan membuat laporan polis.
Riyadh Ahmed Ramzan (kanan),
47, berkata syarikat Malaysianya Fiscal City Capital Sdn Bhd membuat
perjanjian dengan Doxport untuk mendanai pembelian enam sistem suis
telefon.
“Perjanjian ditandatangani antara saya dan Ketua Pegawai Eksekutif
Doxport Technologies T Sivalingam antara 2008 dan 2009. Saya ketua
pegawai eksekutif untuk Fiscal City Capital Sdn Bhd."
Riyadh menjadi saksi pertama memberikan keterangan dalam perbicaraan
dakwaan pecah amanah dan penggubahan wang haram terhadap Sivalingam.
Beliau salah seorang daripada 60 keluarga British yang melabur dalam Doxport.
Pelabur lain Doxport yang marahkan perkara itu mengadakan protes di
London tahun lalu ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sivaligam satu-satunya pihak yang berdepan dengan pertuduhan jenayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan