Isnin, 8 Disember 2014

UMNO-BN Malu Lihat Urustadbir Kewangan Yang Cekap & Bersih Di Selangor?

KELAB GREENBOC




Ketua pembangkang Selangor letak jawatan

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Shamsuddin Mohd Lias meletakkan jawatannya ha‎ri ini selepas menolak jawatan sebagai pengerusi Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri.

Shamsuddin berkata, jawatan ketua pembangkang yang mewajibkannya menjadi pengerusi PAC itu tidak lebih seperti menjadikannya sebagai boneka kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tiada pilihan melainkan sama ada saya mempertahankaan prinsip yang menjadi asas integriti saya atau menerima tawaran di mana kuasa hanya pada nama.

"Tetapi tangan saya terikat rapi serta terpaksa tunduk dengan tekanan apabila menjadi pengerusi PAC kelak," katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini. -TMI

ULASAN GB

Di negeri-negeri dimana UMNO BN memerintah termasuk kerajaan Pusat, jawatan Pengerusi PAC tidak pernah dapat disandang oleh Ketua Pembangkang. Hanya di negeri Pakatan Rakyat, pembangkang iaitu UMNO BN diberi peluang untuk menjadi pengerusi PAC.

Apakah kerana UMNO BN terasa "malu" dan "pilu" untuk melihat kebersihan pentadbiran kerajaan PR Selangor berbanding dengan kerajaan-kerajaan yang diperintah UMNO BN sehingga tidak sanggup untuk menjadi pengerusi PAC?

Alasan bahawa tangannya nanti terikat rapi serta terpaksa tunduk dengan tekanan apabila menjadi pengerusi PAC kelak hanyalah alasan semata-mata untuk menutup "kemaluan" apabila dibandingkan dengan urustadbir kewangan di zaman UMNO BN memerintah.

Sementelah lagi, sama dengan penolakan peruntukan RM200,000 kepada ADUN-ADUN pembangkang di Selangor, penolakan menjadi Pengerusi PAC dapat dibaca sebagai ada arahan dari pucuk pimpinan partinya agar tidak menjadi contoh untuk kerajaan-kerajaan UMNO BN yang terpaksa mengikut langkah kerajaan PR Selangor untuk memberikan pengiktirafan yang saka kepada Ketua pembangkang di negeri-negeri yang diperintah UMNO BN.

Rakyat tidak bodoh untuk membaca semuanya itu.

Tiada ulasan: