MALAYSIAKINI
Sekumpulan kira-kira 20 orang pekerja Bernama TV (BTV) kini terpaksa
mengambil cuti kecemasan kerana masih belum dibayar gaji oleh majikan
mereka sejak lebih sebulan lalu.
Seorang daripada kakitangan tersebut, yang enggan dinamakan berkata
beliau terpaksa mengambil cuti sejak Isnin lalu kerana tidak mampu
menanggung kos untuk ke tempat kerja.
Pembayaran gaji terakhir yang diterima adalah pada 20 Oktober dan mereka masih belum menerima bayaran gaji untuk bulan November.
"Duit untuk anak bini dan keperluan ada, (tetapi tiada wang untuk) pergi
kerja," kata seorang kakitangan yang tidak mahu nama beliau disiarkan
kepada Malaysiakini.
Kakitangan terlibat termasuk para warawawan, penolong penerbit, dan
pekerja studio BTV, yang masih tertanya-tanya mengenai tarikh sebenar
pembayaran gaji mereka.
"Mula-mula janji minggu ini, lepas itu dengar minggu depan," kata seorang lagi kakitangan yang terjejas.
Sementara itu, pihak pengurusan BTV mengakui bahawa berlaku “kelewatan”
dalam pembayaran gaji dan berjanji untuk menyelesaikannya secepat
mungkin.
"Kami dah masukkan bayaran pendahuluan, dan gaji penuh akan dimasukkan
minggu depan," kata ketua pengarangnya, Datuk Zulkefli Salleh.
Namun, sumber di BTV menyatakan bahawa bayaran wang pendahuluan itu hanya diterima oleh segelintir kakitangan terlibat.
Sebahagian besar daripada 180 pekerja BTV merupakan pekerja kontrak
dengan firma Bernama TV Synergy Sdn Bhd yang merupakan pemilik stesen TV
itu.
Selebihnya, seramai 25 orang merupakan penjawat awam yang bekerja bawah
agensi berita Bernama, dan telahpun menerima bayaran gaji masing-masing.
1 ulasan:
BERNAMA sendiri ada banyak lagi masalah lain..
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=9569
Catat Ulasan