Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah menyifatkan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang haram di negeri itu yang dibentangkan hari ini menyelamatkan bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.
“Penduduk Sabah tidak gembira dengannya,” kata presiden Star Datuk Jeffrey Kitingan.
Ini kerana, dakwanya, situasi itu berlaku apabila kerajaan sendiri yang mengeluarkan kad pengenalan yang dipertikaikan.
Jeffrey menambah, kandungan laporan itu mengecewakan dan tiada isi walaupun mengambil masa lama untuk mendedahkan laporan dan cadangannya.
Projek IC kadangkala dirujuk juga sebagai “Projek M”, yang dikaitkan dengan Mahathir yang dituduh sebagai tangan belakang pemberian kerakyatan demi tukaran undi dalam pilihan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan