Umno Batu Kawan hari ini menepis kecaman pemimpin kontroversinya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menyalahkan pemimpin negeri ekoran kekalahan BN di negeri itu sejak dua penggal lalu.
Ketua Umno Batu Kawan Mohd Noor Ahmad berkata perkara itu bukan isu kerana pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh sendiri pernah tewas di negeri itu.
“Yang penting gerak kerja diteruskan untuk pilihanr aya berikutnya,” katanya menjawab kenyataan Khairuddin, yang juga naibnya, yang disiarkan Malaysiakini semalam.
Khairuddin (atas) semalam memberi amaran bahawa BN mungkin kalah lebih teruk dalam pilihan raya akan datang kerana Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin "tidur".
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, beliau secara terbuka menggesa agar Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman ditukar kerana “tidak proaktif” dan “tidak turun ke akar umbi”.
Khairuddin menarik perhatian ramai apabila melawan arus Umno dengan membuat laporan polis terhadap 1MDB - badan pengurusan dana cetusan Najib dan milik penuh Kementerian Kewangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan