Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir (baju
petak) membantu menyendukkan makanan kepada mangsa-mangsa banjir ketika
mengadakan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan
Changkat Jong di sini, Ahad.
Beliau berkata, mangsa yang masih berada di sekolah itu melibatkan 58 keluarga.
Ini merupakan kali kedua Changkat Jong dilanda banjir dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan airnya melimpah ke kawasan penempatan penduduk.
Kejadian pertama berlaku pada 14 November lepas melibatkan 56 mangsa daripada 16 keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan