MALAYSIAKINI
Seorang anggota jawatankuasa pusat PAS berkata mereka tidak pernah
bersetuju untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian Kelantan
berkaitan hudud ke parlimen.
Jawatankuasa pusat PAS sebaliknya dikatakan hanya bersetuju supaya
Kelantan membincangkan perkara teknikal dengan kerajaan pusat pimpinan
Umno.
Kerajaan Kelantan sepatutnya membentangkan kembali hasil perbincangan itu kepada jawatankuasa pusat PAS.
Anggota jawatankuasa pusat PAS Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan
seorang lagi anggotanya yang enggan namanya disebut berkata, ia antara
perkara yang sudah dipersetujui.
Hatta, yang juga anggota parlimen Kuala Krai, juga menolak kenyataan
timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa
mereka mendapat restu jawatankuasa pusat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan