shahbudindotcom
Beliau
turut mempertikaikan beberapa portal yang menyiarkan gesaan Syed Rosli
itu sedangkan individu tersebut tidak mempunyai jawatan penting dalam
UMNO.
Kata KJ lagi, laporan seumpama itu seharusnya memetik daripada seseorang yang mempunyai kewubawaan.
Berikutan
tulisan di laman sosial Facabooknya yang menggesa Najib berundur
sebagai suatu pengorbanan dan memudahkan BN memenangi pilihanraya umum
akan datang, beberapa portal berita telah menjadikan gesaan itu sebagai
berita utama dan kemudian turut menjadi perbualan umum.
Walaupun
Syed Rosli hanyalah pemimpin di peringkat cawangan (suara paling rendah
menurut KJ), sebenarnya gesaan terhadap Najib ini bukanlah suara yang
baru kedengaran dalam UMNO.
Di
pelbagai peringkat, sejak sekian lama sudah semakin kerap kedengaran
agar Najib mengundurkan diri memandangkan beliau dilihat gagal
meningkatkan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.
Dengan
keputusan PRU 13 di mana BN hanya meraih 47 peratus undi popular dan
Muhyiddin pula memberi peringatan bahawa hanya penurunan 2 peratus
pengundi saja lagi akan menyebabkannya menjadi pembangkang, ia adalah
gambaran sebenar mengenai kegagalan Najib.
Daripada
47 peratus pencapaian pada PRU 13, berapakah pula peratusannya ketika
ini, meningkat atau makin menurun?Daripada kira-kira 6 juta pengundi
baru menjelang PRU 14, banyak manakah akan memihak kepada BN?
Pandangan
yang diutarakan Syed Rosli hakikatnya adalah relevan untuk masa depan
dan untuk menyelamatkan UMNO dan BN daripada tumbang, tak kira siapa pun
dirinya.
Bukankah
UMNO parti rakyat bawahan dan sesiapa pun berhak memberikan pandangan?
Soal kenapa portal berita memetik gesaannya, ia tentulah kerana ada
nilai berita yang diutarakannya.
Nilai
berita secara umumnya terbahagi kepada dua, apa isu yang diucapkan dan
siapa yang bercakap. Berita mengampu dan membodek Perdana Menteri
tidaklah bernilai apa-apa kecuali yang mengucapkannya mempunyai jawatan
tinggi dalam parti dan kerajaan.
Begitu
juga dengan gesaan Syed Rosli, walaupun beliau bukan sesiapa dan hanya
bertaraf rendah saja tetapi perkara yang disampaikannya ada nilai
beritanya dan mahu dibaca oleh khalayak.
Tetapi
membaca kenyataan KJ mengenai Syed Rosli, sesiapa pun tidak dapat
mengelak daripada beranggapan bahawa Ketua Pemuda UMNO itu seorang
pemimpin paling sombong dan angkuh yang pernah dilahirkan oleh UMNO
sejak 1946.
Ia
memberi maksud bahawa dalam pemikirannnya, mereka yang di peringkat
bawahan UMNO tidak lebih hanyalah golongan kuli, tukang pasang poster,
meramaikan majlis sambil bertepuk tangan dan tidak berguna apa-apa
melainkan budak suruhan pihak atasan semata-mata.
Mereka
tidak boleh menegur, tidak layak memperkatakan salah laku atau tidak
baik mengenai pemimpin, jauh sekali untuk meminta meletakkan jawatan.
Itulah penilaian KJ terhadap golongan bertaraf rendah yang sebenarnya
bukan saja majoriti, tetapi juga penentu dalam UMNO.
Ternyata
KJ semakin lupa asal usul dirinya dan bagaimana beliau naik dalam
UMNO. Bukankah orang bawahan yang menaikkannya? Dalam pilihanraya pula,
kalau tanpa golongan paling bawah dalam UMNO bekerja keras, bolehkah
beliau menang?
Beliau
juga bukan golongan berdarah bangsawan sejak lahir. Darah elit dan
bangsawan daripada keluarga Perdana Menteri hanya mengalir di luaran
tubuhnya setelah berkahwin dengan anak Pak Lah saja. Hanya dengan
kedudukan itu dilonjakkannya untuk meraih pelbagai kedudukan dan
keistimewaan.
Pandangannya
yang memperlekeh golongan bawahan dalam UMNO ini juga pastinya
bertentangan dengan naluri dan jiwa besar lain-lain pemimpin UMNO,
termasuk Najib, Hishammuddin dan Mukhriz yang memang lahir dalam
keluarga yang pernah menjadi Perdana Menteri, bukan sekadar tempelen
dengan menumpang nama sebagai menantu.
Namun,
amatlah membanggakan ketiga-tiga anak bekas Perdana Menteri di atas
tidak pernah sama-sekali memperlekeh suara bawahan dalam UMNO dan
sentiasa menghargai pandangan mereka.
Apakah
salahnya golongan paling rendah dalam UMNO menyuarakan pandangan?
Bukankah UMNO sendiri hidup dan bernafas kerana golongan paling rendah
ini?
Ini
mengingatkan kepada kata-kata seorang tua di Bandar Sendayan dalam
Parlimen Rembau yang pernah berkata, "sebenarnya nilai kita sebagai
menantu bukanlah mahal sangat, ia hanyalah tiga sen saja dan bila-bila
masa boleh terbuang".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan