Oleh Roslan SMS
Pada bulan April tahun yang sama Mahkamah Syariah telah memerintahkan
agar hak penjagaan anak-anak berkenaan diberikan kepada Izwan, namun
bekas isterinya yang kekal menganut agama Hindu telah membuat permohonan
di Mahkamah Tinggi yang telah campuratangan dalam keputusan Mahkamah
Syariah dengan memberikan hak penjagaan itu sebalikya kepada S.Deepa.
Isunya anak-anak berkenaan, yang masih belum dewasa telah di “Islamkan” secara paksa oleh Izwan.
Sekali lagi rakyat Malaysia terkedu dan tergamam dengan keputusan seumpama ini.
Kita menghormati sistem perundangan dalam Negara kita. Keputusan ini bermakna anak-anak Izwan akan kekal bersama ibunya S.Deepa sehinggalah mencapai umur dewasa. Apabila dewasa mereka nanti punya hak untuk memilih agama mana yang mahu mereka ikuti. Islam seperti ayah mereka atau kekal Hindu seperti ibu mereka.
Yang
menjadi persoalan adalah, apakah jaminan bahawa anak-anak ini selama di
bawah penjagaan ibu mereka nanti tidak akan diasuh membenci ayahnya dan
sekaligus membenci Islam?
Anak-anak yang tidak berdosa ini pasti selama berada di bawah penjagaan ibunya akan dibesarkan dalam suasana kepercayaan ibunya. Di bawa ke Kuil, meraikan perayaan Hindu, memakan dan meminum makanan dan minuman yang dibenarkan agama Hindu.
Pada pandangan saya sudah pasti selama tempoh umur mereka sehingga mencapai dewasa, sudah semestinya minda mereka cenderung dan dipengaruhi dengan kecenderungan dan pengaruh ibunya.
Dalam hal ini kita lihat keadilan yang cuba diberikan oleh mahkamah punya kemungkinan tercemar dengan pengaruh satu pihak.
Justeru apabila mencapai umur dewasa, mahukah anak-anak ini nanti ikut kepercayaan ayahnya yang telah Islam?
Kerana itu, pihak berkuasa termasuklah ahli-ahli Parlimen kita perlu
memikirkan bagaimana keadilan sebenar-benarnya dapat diberikan dalam
kes-kes seumpama ini. Jika kita perlu pinda peraturan kita pinda. Kita
sedar banyak lagi kes-kes seperti ini akan berlaku kerana hakikat
masyarakat majmuk yang kita warisi, namun demi memberikan keadilan pada
semua pihak, minda anak-anak ini dalam kes-kes seumpama ini janganlah
dibiarkan dipengaurhi oleh satu pihak sahaja.
Bagi saya dalam kes-kes seumpama ini jika berlaku, sewajarnya hak penjagaan anak-anak itu diberikan kepada pihak ketiga, sebaik-baiknya pihak kerajaan sendiri samada melalui jabatan kebajikan atau mana-mana pihak yang sesuai.
Biar anak-anak ini membesar dalam suasana bebas, dengan hak melawat diberikan kepada kedua-dua ibu-bapa.
Mereka kekal begitu iaitu dalam penjagaan pihak ketiga sehinggalah dewasa dan apabila dewasa dibawa kembali ke mahkamah untuk mereka putuskan mahu mengikuti agama mana.
Perkara ini perlu difikirkan secara serius kerana ianya jika tidak
dirawat dengan sempurna boleh membawa kepada suasana tegang dan sengketa
yang memanjang.
Biarlah keadilan benar-benar dilihat dan tampak adil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan