MALAYSIAKINI
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memberi ‘nasihat’ kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak kerap membuat lawatan
keluar negara, sebaliknya menumpukan perhatian kepada pentadbirannya.
“Kepada
perdana menteri, saya mahu nasihatkan, sebelum kamu hilang jawatan dan
kerajaan, tolong kurangkan sikit lawatan keluar negara.
“Saya merayu desak, nak melawat boleh melawat tetapi tumpu pada negara,”
katanya dalam ucapan dasar di Persidangan Agung Umno tahunan PERKASA di
Kuala Lumpur hari ini.
Ibrahim (atas) turut berkata perdana menteri dari negara lain turut membuat lawatan keluar negara namun tidak sebanyak Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan