MALAYSIAKINI
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menggesa semua
pihak agar bersama-sama membantu kerajaan meningkatkan ekonomi negara
berikutan kejatuhan harga minyak.
Beliau berkata antara langkah yang boleh dilaksanakan adalah dengan
menurunkan harga barangan kerana kos pengeluaran akan menjadi lebih
rendah berikutan penurunan harga minyak.
"Kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan pekerja, marilah kita bekerjasama.
"Kita kata, kita naikkan harga (barangan) sebab kos minyak tinggi,
sekarang harga minyak dah rendah marilah kita menyumbang kepada ekonomi,
kenapa tidak kita bekerjasama, kita kurangkan harga (barangan),"
katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kelulusan
Kerja-kerja Menaik Taraf Lampu Isyarat di Persimpangan Kampung Baru,
Kuala Kuang di Ipoph hari ini, beliau berkata apabila harga barangan
dikurangkan, kuasa membeli akan meningkat dan ia akan menyumbang secara
positif kepada ekonomi negara.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Husni berkata bilangan negara yang
melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) meningkat kepada 169
berbanding 160 negara tahun lepas.
Katanya sembilan negara turut melaksanakan sistem itu sejak setahun lepas.
Kerajaan akan melaksanakan CBP pada kadar enam peratus mulai 1 April tahun depan.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan