MALAYSIAKINI
Harga minyak jatuh lima peratus pada Rabu, menjadikan minyak mentah
Amerika Syarikat terendah dalam tempoh lima tahun dengan harga setong
kini hampir AS$60.
Ini berlaku selepas data menunjukkan peningkatan dalam inventori AS dan
menteri Arab Saudi pula menegaskan tiada rancangan untuk memotong
pengeluaran, lapor Reuters.
Harga minyak mentah Brent dunia jatuh hampir separuh setelah mencecah
paras tinggi AS$115 pada Jun ekoran peningkatan pengeluaran AS dan
permintaan pasaran yang dijana akibat surplus yang tidak mampu diserap
oleh pengeksport minyak terbesar dunia itu.
Menteri minyak Saudi Ali al-Naimi, dalam lawatan ke Peru, menolak
cadangan mengurangkan pengeluaran selepas berkata pasaran akan
menentukan sendiri harganya.
Arab Saudi, anggota utama Persatuan negara-negara Pengeksport Petroleum
(Opec) mengekalkan jumlah pengeluaran mereka antara 9.6 juga hingga 9.7
tong sehari pada November.
“Ini tidak akan berubah melainkan ada pelanggan lain datang dan kata
mereka mahu lebih banyak minyak,” Naimi dipeti sebagai berkata pada
Rabu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan