MALAYSIAKINI
Berbeza dengan laporan sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad hari ini mengkritik kebergantungan Malaysia kepada
orang luar untuk memajukan negara.
Menjawab soalan berhubung pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R
Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd
(MAS NewCo), Mahathir berkata ia menjadi “pengakuan kita ini bodoh”.
"Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga
satu hari nanti kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih
sebab dia lebih pandai daripada kita.
“Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya,” katanya.
Menjelaskan kontroversi kenyataannya sebelum ini, Mahathir menegaskan
“orang Malaysia tidak bodoh” dan mempunyai banyak bakat walaupun di
zaman British dianggap kolot.
"Tapi nak panggil jadi konsultan (adalah) orang asing. Nak jadi
pengarah, orang asing, nampak beri pengakuan kita ni bodoh,” katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan anggota parlimen Kepala Batas Datuk
Seri Reezal Naina Merican yang mempertikaikan pelantikan Mueller dan
mahukan keutamaan diberi kepada warga tempatan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar
Pengurusan Kualiti Islam (i-QAM) anjuran Universiti Utara Malaysia di
Hotel Everly di Putrajaya.
Menjawab dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa BN sebenarnya
tidak mampu menguruskan syarikat penerbangan Dr Mahathir berkata:
"Kerajaan mesti sedar bahawa kita tidak harus mengaku bahawa kita tidak ada kebolehan.
"Kalau kita percaya bahawa kita tidak ada kebolehan, kita jangan jadi kerajaanlah," katanya.
1 ulasan:
Memang benar ulasan Mahathir ini sebab dia sendiri pun pernah jadi bodoh kerana diperbodohkan oleh pengampu dia sendiri itulah sebabnya pabila dia hendak memilih atau melantik sesaorang yang hendak bekerja dengan dia mesti ada masaalah supaya senang dia kawal agar tidak melawan toke,tapi bila proton sendiri hampir nak muflis pelbagai alasan diberikan nasib masih menyebelahi rakyat malaysia yang berwibawa maka selamatlah proton dari terjatuh ketangan CEO luar seperti yang akan terjadi pada MAS dengan CEO dari luar ,itulah bodohnya yang bergelar melayu UMNo dan kuncu2nya bukan semua melayu bodoh.
Catat Ulasan