Selasa, 2 Disember 2014

Desak siar harga rujukan setiap minggu


Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - PKR mendesak kerajaan supaya menyiarkan harga rujukan petrol RON95, RON97 dan diesel di pasaran dunia yang menggunakan harga terbitan MOPS (Means of Platts Singapore) serta kos-kos lain yang dimasukkan di dalam perkiraan menentukan harga pasaran secara terperinci pada setiap minggu.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, ini berikutan tindakan kerajaan yang hanya menurunkan harga petrol dengan kadar peratusan yang kecil berbanding harga pasaran minyak mentah dunia.

“Harga rujukan minyak mentah Brent di hujung minggu lepas telah mencecah US$68 setong, iaitu penurunan sebanyak 35.2 peratus dari harga sebelum kejatuhan pasaran minyak mentah iaitu sekitar US$105 setong,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, harga rujukan minyak mentah Brent ini menentukan harga rujukan produk petrol RON95, RON97 dan diesel yang didagangkan di Singapura dan digunakan sebagai asas menentukan harga petrol dan diesel di negara ini.

Jika merujuk harga rujukan ini, katanya, harga bagi RON95, RON97 dan diesel sepatutnya lebih murah.

Tiada ulasan: