MALAYSIAKINI
Kejayaan syarikat penerbangan swasta AirAsia menjadi bukti bahawa rakyat
Malaysia bukan tidak cekap menguruskan syarikat penerbangan, kata DAP.
Sebaliknya, menurut setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng (bawah), BN sebenarnya yang tidak mampu menguruskannya.
Dalam
kenyataannya hari ini, Lim berkata, beliau “amat tidak setuju” dengan
kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MAS perlu
melantik seorang ekspatriat sebagai ketua pegawai eksekutif kerana
“orang Malaysia bodoh”
Lim sebaliknya berkata, BN sebenarnya yang “bodoh” ekoran Malaysian
Airlines (MAS) terus gagal meski pun banyak dana kerajaan disuntik,
tidak seperti AirAsia yang berdiri dengan kaki sendiri.
“Sebenarnya, BN yang bodoh, bukan rakyat Malaysia, dengan bergantung
kepada agenda perkauman untuk menutup kroni yang tidak berupaya dan
bukannya mencari rakyat Malaysia berbakat di depan mereka seperti
pasukan AirAsia Fernandes, Kamarudin Meranon dan Azran Osman Rani,"
katanya.
Mahathir semalam berkata: “Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan.”
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelantikan seorang
tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia
Airlines Bhd (MAS NewCo).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan