Selasa, 16 Disember 2014

Banjir: 19 orang dipindahkan di Pasir Puteh

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
  
 
PASIR PUTEH: Seramai 19 orang daripada empat keluarga di Kampung Tok Kundur, Bukit Awang di sini dipindahkan ke pusat pemindahan malam tadi berikutan banjir selepas hujan lebat sejak dua hari lalu.
 
Portal rasmi banjir negeri Kelantan menyatakan penduduk terbabit, yang terdiri daripada tujuh dewasa dan 12 kanak-kanak, ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja di sini pada 8 malam tadi.
 
Kawasan kediaman mereka dinaiki air sedalam 1.5 meter akibat limpahan air dari Sungai Petai di sini.
 
Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pasir Puteh, Ramlan Ros Wahid ketika ditemui pemberita di sini berkata seramai lapan orang dari sebuah keluarga di kampung berkenaan enggan berpindah walaupun kawasan rumah mereka dinaiki air.
 
Mereka memberi alasan akan menggunakan perahu sendiri jika mahu berpindah, katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan: