MALAYSIAKINI
ADUN PAS dan Umno menolak tuntutan yang dikemukakan oleh DAP untuk mewujudkan jawatan timbalan speaker kedua bagi DUN Selangor.
ADUN Sabak Sallehen Mukhyi berkata tiada keperluan melantik seorang lagi
timbalan speaker kerana jawatan speaker daripada DAP dan timbalannya
daripada PAS, sudah memadai.
"Keperluan
timbalan speaker ini hanya untuk waktu bersidang sahaja. Yang sedia ada
cukup efektif dah. Jadi, untuk seorang lagi timbalan speaker tak perlu.
"Daripada guna duit itu untuk bayar (gaji) timbalan speaker, lebih baik
disalurkan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas sesi sidang
DUN bagi sesi pagi tamat.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias pula berkata,
tindakan DAP menuntut jawatan timbalan speaker menunjukkan parti itu
tamak kuasa.
Beliau yang juga ADUN Sungai Burong turut mempersoalkan keperluan
mewujudkan jawatan itu memandangkan terdapat ahli DAP - Hannah Yeoh -
yang telah menjadi speaker sekaligus membazir wang rakyat.
"Saya nak nyatakan bahawa DAP ini tamak kuasa. Dah ada speaker daripada DAP, nak pula timbalan speaker. Apa lagi dia nak?
"Saya
rasa tak perlu (jawatan timbalan speaker kedua). Sebab jika tidak,
kuranglah tugas mereka (speaker dan timbalan speaker) sebab nanti akan
dibahagi tiga, malah membazirkan wang rakyat," katanya.
Isu ini timbul selepas Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyuarakan
hasrat untuk melobi jawatan timbalan speaker kedua selepas PAS memenangi
jawatan itu melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN minggu lalu.
Tony berkata, pihaknya menuntut jawatan itu berdasarkan kesetiaan DAP kepada Pakatan Rakyat semasa krisis menteri besar berlaku.
Sementara
itu Exco Pendidikan Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata perkara berhubung
pertambahan jawatan timbalan speaker tidak pernah dibincangkan sebelum
ini.
ADUN Seri Setia itu juga berkata buat masa ini, beliau menyokong jika
mengekalkan kuota jawatan yang sedia ada tanpa perlu menambah seorang
lagi timbalan speaker.
"Isu itu tidak timbul sebab setakat ini kita tidak ada berbincang untuk
perkara itu (jawatan timbalan speaker kedua) diadakan. Buat masa ini
kita kekalkan apa yang ada pada hari ini iaitu satu timbalan speaker
sahaja.
"Sistem sekarang sudah terbaik. Jadi, pada saya untuk masa sekarang tidak ada keperluan untuk tambah," kata ketua AMK PKR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan