Khamis, 10 Julai 2014

Warga maya kritik Najib guna analogi Brazil, dakwa Putrajaya juga tiada kepimpinan

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH


Kredibiliti kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dipertikaikan oleh pengguna Internet dan disifatkan sebagai penyebab berlakunya kucar-kacir di dalam negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Julai, 2014.
Kredibiliti kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dipertikaikan oleh pengguna Internet dan disifatkan sebagai penyebab berlakunya kucar-kacir di dalam negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 


Pengguna Internet memperlekeh kenyataan Datuk Seri Najib Razak hari ini, menyifatkan pentadbirannya juga tiada kepimpinan sehingga menyebabkan negara kelam-kabut. Kritikan ke atas perdana menteri itu disebabkan kenyataannya menggunakan kekalahan 7-1 Brazil dalam perlawanan Piala Dunia semalam. Pengguna Twitter mempersenda Najibkan dengan pelbagai komen.

 "Hahaha! Is Najib poking fun at himself?" (Adakah Najib cuba memperbodohkan diri sendiri?), kata ‏@ktchye dan @OzJazzter berkata "A national leader making fun of himself" (Pemimpin negara cuba memperbodohkan diri sendiri?).

Kebanyakan warga maya mempermainkan kenyataan Najib tersebut dengan mengatakan Malaysia sudah lama tiada kepimpinan.

"Fuiyoh, Jibby (Najib) pandai buat analogy, tapi kita dah lama macam Brazil team bcoz lama no leadership pun," kata @kaienmy.

Sementara itu pengguna Twitter, ‏@hafidzbaharom berkata "kamu tidak membawa kami jadi seperti Jerman Datuk Seri", manakala @RajivJayKumar pula berkata negara sudah menjadi seperti Brazil.

Malah, ada juga mereka yang lantang mencabar Najib untuk meletakkan jawatan kerana ketakupayaannya memerintah negara. Pengguna Twitter @yellowleafx berkata "Well said PM Najib! So, when are you gonna resign for your incompetent leadership?" (Betul kata PM Najib! Jadi bila kamu akan letak jawatan kerana ketakupayaan kepimpinan anda).

Najib hari ini berkata ketiadaan kepimpinan berkesan boleh undang kucar-kacir kepada negara sebagaimana ia menjadi punca kekalahan pasukan bola sepak Brazil.

Najib merujuk kekalahan pasukan bola sepak Brazil kepada pasukan Jerman 7-1 pada pusingan separuh akhir bola sepak Piala Dunia awal pagi hari ini.

"Kalau itu boleh berlaku kepada sebuah pasukan bola, cuba bayangkan apa yang boleh berlaku kepada sebuah negara, kalau tidak ada kepimpinan berkesan yang mempunyai visi, komitmen dan menjiwai aspirasi rakyat," kata beliau.

Pentadbiran Najib selepas menerima mandat pada pilihan raya umum lepas berdepan pelbagai kritikan dan kontroversi khususnya daripada segi urus tadbir, tekanan agama dan kaum serta cara kerajaan mengendali krisis seperti kehilangan MH370.

Najib juga dilihat mengambil pendirian mendiamkan diri ketika ada pihak tertentu cuba mengeruhkan hubungan antara kaum dan agama di dalam negara.

Tiada ulasan: