Kerajaan United Kingdom menasihatkan semua pihak menghindarkan lawatan ke pantai timur Sabah, kecuali bagi pihak yang menghadiri lawatan penting.
Nasihat itu dikeluarkan di laman pejabat luar negaranya semalam selepas tragedi kematian seorang pagawai polis dan penculikan seorang lagi di Pulau Mabul, Sabah pada 12 Julai.
“Terdapat ancaman umum keganasan. Serangan boleh mendiskriminasi, termasuk di kawasan yang sering dikunjungi ekspatriat dan pelancong asing.
“Terdapat ancaman penculikan dan jenayah terhadap orang asing di pantai timur Sabah dan khususnya di pulau-pulau yang dekat dengan Kepulauan Sulu di Selatan Filipina,” menurut nasihat itu.
Pejabat itu membangkitkan kes penculikan dua wanita di Pulai Singamata pada 2 April dan serangan terhadap pelancong Taiwan di Pulau Pom Pom November lalu.
Nasihat daripada UK itu dikeluarkan selepas serangan hendap terbaru ke atas pasukan keselamatan oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, Sabtu lepas.
Dalam kejadian 11.10 malam itu anggota pasukan polis marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban manakala rakan setugasnya Konstabel Zakia Aleip, 26, dilarikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan