Roketkini.com
MENTAKAB: Pusat zakat setiap negeri wajib mengubah
pendekatannya dalam pengagihan zakat bagi memastikan setiap kutipan
berjaya disalurkan kepada golongan asnaf, kata Pengerusi DAP Pahang
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Katanya selain masalah birokrasi, punca utama pusat zakat
gagal membantu golongan memerlukan ialah kerana ia tidak turun padang,
sebaliknya hanya ‘menunggu’ golongan asnaf datang kepada mereka.
“Misalnya di Pahang, pengagihan zakat masih tidak menepati
sasaran. Masih ada Orang Asal beragama Islam dan orang kelainan upaya
(OKU) yang tidak terbela,” kata Tengku Zulpuri kepada Roketkini.
“Sebelum ini, apabila saya beritahu ada keluarga yang tidak
menerima bantuan, mereka (pegawai) cakap tidak tahu. Jadi, sikap
‘menunggu’ ini perlu diubah. Pegawai kena mula turun padang mencari
asnaf, bukan sekadar tunggu di pejabat.
“Buat masa ini, mereka bergantung kepada laporan ketua
kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Jadi ada
pengaruh peribadi, seperti ada kes yang tak dilaporkan kerana hubungan
dengan ketua kampung kurang baik, atau kaum kerabat sendiri lebih
diutamakan,” kata Tengku Zulpuri yang juga Adun Mentakab..
Tambahnya, laporan demi laporan berhubung kemelaratan hidup
sebahagian anggota masyarakat, termasuk yang heboh baru-baru ini, iaitu
golongan miskin kota menyebabkan semakin banyak pihak mengkritik pusat
kutipan zakat yang tidak melaksanakan amanah.
Di Pahang kata Tengku Zulpuri, umat Islam yang tidak
membayar zakat fitrah kepada amil dilantik Majlis Ugama Islam dan Adat
Resam Melayu Pahang (Muip), boleh didakwa di bawah Seksyen 40 Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah (Pahang) 2013 yang membawa hukuman denda
RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Namun, ketika sistem kutipan zakat diperhebat seperti
kaunter bayaran yang dibuka pada hujung minggu atau kaunter ‘pandu lalu’
diwujudkan, kegiatan pengagihan masih berada di takuk lama.
Sehubungan itu, Ketua Pembangkang DUN Pahang itu
mencadangkan pusat zakat bekerjasama dengan badan bukan kerajaan yang
giat menjalankan program kemasyarakatan.
“Badan zakat boleh turun bersama-sama NGO yang sering
membantu orang miskin. Di sini misalnya, ada NGO Buddha yang ada
hubungan dengan kita yang turut membantu orang Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan