KELAB GREENBOC
Kota Kinabalu: Seorang anggota polis dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai diculik selepas satu kejadian tembakan di Pulau Mabul, Semporna di pantai timur Sabah pada lewat malam Sabtu.
Kejadian tembak-menembak melibatkan anggota polis itu berlaku sejurus sebelum tengah malam apabila lapan lelaki bersenjata yang berpakaian seperti tentera memasuki pulau itu pada kira-kira pukul 11.30 malam Sabtu.
Polis Marin, Koperal Abdul Rajah Jamuan, 32, maut manakala konstabel yang dikenal pasti sebagai Zakia Aleip, 26, masih hilang selepas kejadian tembakan bersama kumpulan lelaki bersenjata itu dalam satu serangan hendap di Mabul Water Bungalows Resort di pulau Mabul.u.
Para penyelam yang tinggal di resort di pulau itu dilaporkan mendengar bunyi tembakan.
Sebelum ini terdapat beberapa cubaan oleh pasukan lelaki bersenjata warga Filipina untuk menceroboh masuk ke Pulau Mabul yang terkenal sebagai syurga menyelam di pantai timur Sabah.
Minggu lalu, tahap keselamatan dipertingkatkan berikutan satu cubaan menculik oleh tujuh lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Bangau Bangau di Semporna.
Pemilik sangkar ikan itu diarahkan berpindah keluar dari pusat ternakan berkenaan dan sekurang-kurangnya tujuh lelaki bersenjata dilaporkan masih berada di kawasan itu. -mstar
KRONOLOGI KEJADIAN
[5:26am, 13/07/2014] +60 16-845 1187: KRONOLOGI KEJADIAN (.)
PADA 12 JUL 2014 JAM LKURANG 2300 ANGGOTA MARIN SEMPORNA TERIMA MAKLUMAT DARIPADA PGR 12 MENGATAKAN ADA KES PENCULIKAN DI RESORT BILABONG (.) SEMASA PANGGILAN DIBUAT PGR 12 SEDANG BERBALAS TEMBAKAN DENGAN BOT PENCULIK DAN PANGGILAN TERPUTUS (.) SETAKAT INI DISKRIPSI PENCULIK / MANGSA TERLIBAT BELUM DAPAT DISAHKAN (.) ANGGOTA UTK TELAH BERGERAK KE KAWASAN KEJADIAN DAN KEADAAN AIR SURUT DIPERCAYAI BOT PENJENAYAH TERSANGKUT (.) DISKRIPSI MAKLUMAT PENCULIK MASIH BELUM DIPEROLEHI DAN 2 ANGGOTA POLIS DILAPORKAN HILANG IAITU KPL 15279 ABDUL RAJAH B JAMUAN DAN KONST 176543 ZAKIA B. ALEIP (.) DIPERCAYAI TELAH DICULIK/DITANGKAP SERTA 1 M16 HILANG (.) KUMPULAN PENCULIK SERAMAI L/K 8 ORG BERPAKAIN SELUAR CELORENG BAJU HITAM DAN SENJATA MESINGUN (.)
1 MAYAT ANGGOTA MERIN YG HILANG TELAH DITEMUI IAITU KPL 15279 ABDUL RAJAH B JAMUAN (.) [5:38am, 13/07/2014] +60 16-845 1187: Anggota esszone / RH 40
01). Kpl 151279 ab.rajah b. Jamuan ( d tembak )
-32 tahun
-Islam
-Berkhwin
-Isteri - salamah bti amad ( 017-5491xxx )
-Tempat betugas sblm - ppm kg acheh
- Jwtn k63 skrg - jurumudi kpl rondaan air 1, (6) balai polis pu mabul
- alamat - kg Bubul batu 2 smporna sabah.
02. Konst 176543 zakiah bin aleip
- 26 tahun
- bajau
- islam
- berkhwin ( 1 anak )
- isteri - sharifah erna bti berson ( 0132744006 )
- tempat betugas sblm - ppm w1 p.pinang
- Jwtn skrg konst radar ploter bot RH 40, unit pencegahan jenayah perairan ( marin ) balai polis pu mabul.
- alamat kg. Sambah tengilan tamparuli sabah.
Takziah buat anggota yg gugur tadi di semporna..beliau sempat membalas tembakan namun gugur di Medan pertempuran -WA
'Insiden Semporna ibarat kasut dibaling pada PM'
Kejadian tembak-menembak berdarah malam tadi menunjukkan betapa kumpulan militan tidak mengambil kisah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Lim Guan Eng.
“Pada hari sama PM tiba di Sabah, pengganas pun melancarkan serangan. Apa mesejnya?
“Mereka langsung tidak kisah, menghina dan tidak hormat padanya.
“Ini seperti baling kasut pada Najib,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis memperingati kematian lima tahun Teoh Beng Hock di tanah perkuburan di Semenyih, Selangor hari ini.
Lim berkata, jika kerajaan tidak dapat menjamin keselamatan dan polis juga tidak dapat mempertahankan diri sendiri, bagaimana rakyat umum akan dilindungi.
Kejadian tembak-menembak maut dilaporkan di Semporna semalam, tatkala Najib di Kota Kinabalu melawat negeri itu.
Menurut sumber di Sabah pagi ini, seorang anggota polis marin dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai diculik.
Lapan lelaki bersenjata dan berpakaian tentera, dipercayai dari Filipina dilaporkan mendarat di Pulau Mabul, di perairan Semporna kira-kira jam 11.30 malam semalam. -mk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan