SHAH ALAM: Penghijrahan bekas model majalah dewasa Playboy, Felixia
Yeap akan memberi kesan baik kepada ramai lagi umat Islam di negara ini,
demikian kenyataan daripada Dewan Muslimat PAS, baru-baru ini.
Menganggap ia sebagai kelebihan dari bulan Ramadan, Ketua
Penerangannya, Mastura Mohd seterusnya berkata ia bertepatan dengan
fitrah insan bertuhankan Allah SWT.
"Dewan Muslimat PAS mengucapkan syukur dan tahniah kepada saudari
seIslam kami, Felixia Yeap (bekas model) dengan izin ALLAH SWT mengucap
dua kalimah syahadah secara rasmi pada 5 Ramadan 1435H bersamaan 3 Julai
2014 setelah tujuh bulan mengenakan hijab dan mendalami Islam,"
katanya.
Selepas 7 bulan tampil dengan fesyen hijab, Felixia akhirnya memeluk Islam pada hari jadinya 3 Julai lalu, bersamaan 5 Ramadan.
Model pakaian muslimah itu kini dikenali dengan nama Islamnya, Raisha Rania.
Sementara itu, Dewan Muslimat PAS turut menyambut baik penghijrahan dua
selebriti popular, Fara Fauzana dan Neelofa yang telah mula berhijab
pada awal Ramadan ini.
"Dewan Muslimat Pas juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah
kepada pelakon dan pengacara, Fara Fauzana dan Neelofa, dua orang
pengacara Nona TV3 yang turut mengenakan hijab baru-baru ini.
Alhamdulillah syukur.
"Inilah kecantikan dan ketenangan Islam dan apa yang pasti benarlah firman ALLAH SWT.
"Dia lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang
Mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada).
Dan milik ALLAH bala tentera langit dan bumi, dan ALLAH Maha Mengetahui,
Maha Bijaksana". (Al Fath:4)," demikian memetik kenyataan Mastura.
Selain Fara dan Neelofa, beberapa artis Malaysia yang turut berhijrah adalah Umie Aida, Ana Dahlia dan Uqasha Senrose.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan