SELANGOR KINI
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah salah seorang contoh pemimpin yang bersikap profesional kerana tidak mencampur-adukkan tugas parti dan menteri besar.
Ketua Kluster Majlis Perpaduan Nasional (MPN), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, Abdul Khalid menunjukkan kematangan politik sebenar dalam mentadbir Selangor walaupun menghadapi pelbagai serangan politik dan peribadi mutakhir ini.
“Beliau (Khalid) seorang pemimpin yang tahu apa yang dilakukan dan beliau bekerja untuk rakyat. Malahan beliau banyak menyelesaikan banyak isu dan masalah berkaitan dengan rakyat termasuk isu air.
“Beliau tahu tugasnya sebagai seorang pemimpin dan dia tidak mempolitikkan kehidupan rakyat,” katanya dipetik Sinar Harian Online, hari ini.
Mengulas mengenai kehadiran Abdul Khalid di sisi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di salah sebuah majlis berbuka puasa Khamis lepas, beliau menyifatkan ia adalah satu langkah bijak yang wajar dicontohi semua pemimpin.
“Ketua yang bertanggungjawab akan mengurus negara dengan baik tanpa perlu bertelagah sesama sendiri apabila melibatkan isu rakyat,” katanya lagi.EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan