ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah telah selamat menjalani
pembedahan untuk membuang ketulan di payudaranya akibat virus di Beverly
Willshire Medical Centre, Jalan Tun Razak pada jam 12 tengahari
semalam.
Suaminya, Mohd Yani Abdul Rahman berkata Ifa kini berada dalam keadaan
stabil setelah menjalani pembedahan selama tujuh jam semalam.
“Dia (Ifa) kini sudah berada dalam keadaan stabil cuma masih lagi tidak
bermaya.Dia kini sedang menjalani beberapa rawatan susulan sebelum
dibenarkan pulang tiga hingga empat hari lagi,” katanya dipetik dari
murai.com.my.
Ifa Raziah dilaporkan terkena jangkitan virus di bahagian payudara
sehingga membuatkan payudaranya membengkak dan keras seperti ada
ketulan sejak tahun 2011.
Menurut Yani, Ifa kelihatan amat gementar dan takut sebelum pembedahan
dilakukan namun ianya terpaksa juga diteruskan selepas dia beberapa kali
mengadu sakit.
“Dia memang amat takut untuk menjalani pembedahan ini, saya pun pelik kerana dia sebelum ini adalah seorang yang berani.
“Tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar,” jelasnya lagi.
Ifa kini perlu berehat selama sebulan bagi dan terpaksa menolak segala
tawaran show di bulan Ramadan bagi mendapatkan rehat yang secukupnya
selepas pembedahan itu dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan