- Safiq Yaacob
Sepang - Kerajaan kini fokus bagi memastikan pasukan siasatan khas yang berlepas ke Kiev semalam diberikan akses sepenuhnya bagi melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau sendiri
akan berlepas ke Kiev hari ini agar akses di tempat kejadian diterima
secepat mungkin
"Kita akan memastikan pasukan kita di Kiev dapat mengakses secara penuh
di kawasan kejadian dan kita sedang berusaha ke arah itu.
"Saya sendiri akan ke Kiev hari ini, untuk memastikan kita dapat masuk
ke kawasan kejadian secepat mungkin," katanya di Lobi Hotel Sama Sama di
sini hari ini.
Beliau dijadual akan mengadakan perbincangan bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tengahari ini.
Sementara itu, beliau turut memberitahu, Kerajaan Malaysia masih belum
menerima laporan rasmi mengenai status kotak hitam yang didakwa telah
ditemui semalam.
"Ia masih berita yang belum dapat dipastikan, dan kita akan membuat
pemeriksaan mengenai laporan mengenai kotak hitam tersebut," katanya.
Semalam, Pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dalam perjalanan
dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan terhempas di sempadan Rusia.
Pesawat yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dikatakan ditembak
menggunakan misil anti-pesawat darat ke udara oleh pihak yang tidak
diketahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan