"Saya telah mendengar tentang hal itu, tetapi ia masih belum disahkan. Semua ini akan disahkan, tetapi setakat ini kita tidak menerima apa-apa nota rasmi daripada pihak berkuasa Ukraine," kata Liow.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama Hotel di sini, malam Jumaat.
Menurut agensi berita Interfax Rusia, berita penemuan kotak hitam datangnya daripada pegawai-pegawai dari Republik Donestsk.
"Sudah tentu, kita kemungkinan besar akan memberikannya kepada Jawatankuasa Penerbangan Negara (IAC), ke Moscow. Mereka adalah pakar-pakar yang berkelayakan yang dapat menentukan dengan tepat punca bencana itu, walaupun ia begitu jelas," laporan itu memetik Timbalan Perdana Menteri Pertama Republik Donestsk, Andriy Purgin sebagai berkata.
MH17 hilang dari skrin radar di timur Ukraine kira-kira 1415 GMT pada Khamis, beberapa jam selepas Boeing 777 berlepas ke Kuala Lumpur dari lapangan terbang Schiphol Amsterdam.
Ia dipercayai secara tidak sengaja telah ditembak jatuh 50km dari sempadan Ukraine-Rusia.
Semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat Malaysia, dipercayai telah terkorban.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan