MALAYSIAKINI
Akhbar Ukraine, The Kyiv Post melaporkan satu
panggilan telefon di antara anggota pemisah dan pegawai risikan tentera
Rusia berhubung pesawat yang didakwa ditembak jatuh dari ruang udara
Ukraine.
Rakaman tersebut dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine, SBU.
Menurut rakaman dalam bahasa tempatan itu, anggota pemisah berkenaan
memberitahu pegawai risikan Rusia bahawa mereka berjaya menembak jatuh
sebuah pesawat.
Ia juga menunjukkan, militan berkenaan memberitahu pihak risikan Rusia
bahawa mereka kemudiannya mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang.
Menurut laporan itu, salah satu panggilan itu dibuat kira-kira 20 minit
selepas MH17 terhempas. Panggilan itu dibuat oleh Igor Bezler, yang
didakwa SBU sebagai seorang pegawai perisikan tentera Rusia dan komander
utama Republik Rakyat Donetsk.
Portal berita itu juga menerbitkan sebuah transkrip penuh perbualan telefon, yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.
Sementara itu, Reuters memetik kenyataan pemimpin operasi bencana
Ukraine yang berkata, operasi mencari dan menyelamat dihalang oleh
kumpulan "pengganas bersenjata".
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa pula menyebut, ruang udara
yang dilalui MH17 tidak dikelaskan sebagai zon larangan terbang.
Manakala New York Times melaporkan, keadaan fizikal mayat yang ditemui
masih utuh. Ini menunjukkan pesawat itu mungkin membuat pendaratan
terkawal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan