Sabtu, 13 April 2013

Video seks: Husam kata PAS tidak peduli

ANTARA POS.COM


Post Pic

PUTRAJAYA: PAS mengambil pendirian “tidak peduli” terhadap video seks yang dikaitkan kepada Setiausaha Agung parti itu Datuk Mustafa Ali, kata Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

“Biar polis menyiasat. Kita sudah lali terhadap perkara ini. Kami tidak peduli. Apa saja skandal yang dibongkarkan sekarang mempunyai motif politik,” kata Husam yang bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei depan.

Beliau berkata pihak yang akan menerima kesan daripada video berkenaan adalah penerbit dan pihak yang menyebarkannya serta pihak berkuasa jika tidak mengambil tindakan.

Semalam pelayar laman sesawang internet dikejutkan dengan video berdurasi 11 minit 28 saat itu yang memaparkan seorang lelaki mirip Mustafa mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita sebelum memberinya wang.

Polis Terengganu telah merampas 16 keping video cakera padat (VCD) seks yang kononnya melibatkan pemimpin PAS itu.

Difahamkan video tersebut diedarkan bersama dengan gambar bogel seorang lelaki di Jalan Sekolah dan Taman Hidayah di Besut, Terengganu kira-kira pukul 7.40 malam Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, VCD dan beberapa keping gambar diletakkan di dalam sampul surat.

Tiada ulasan: