Ruqayya Rahman
SABAH : Seramai 600 anak muda Tuaran menyertai KEADILAN
sekaligus menujukkan gelombang kebangkitan rakyat di Sabah, tak boleh
ditahan-tahan lagi.
Diketuai bekas ahli Umno Cawangan Wawasan Lok Batik Tuaran, Mohd
Nazlin Awang Puasa, mereka menyerahkan borang keahlian KEADILAN kepada
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program.
Penyertaan mereka disambut tepukan gemuruh 5,000 penyokong KEADILAN
yang menyaksikan majlis itu pada Jelajah Merdeka Rakyat 31 Mac lalu.
“Sebilangan
besar dari kalangan anak muda DUN Sulaman dan Parlimen Tuaran. Saya
harap penyertaan ini akan menambah kekuatan Pakatan Rakyat,” kata
Nazlin.
Beliau percaya lebih ramai anak muda dari BN bakal menyertai KEADILAN
kerana perjuangan parti pemerintah itu tidak lagi releven untuk anak
muda.
Dalam majlis sama, Pengarah Media dan Perang Saraf Jentera Pilihan
raya KEADILAN Sulaman, Ghulabdin Enjih, berkata anak muda hilang
keyakinan terhadap pimpinan Umno di Tuaran.
“Kepimpinan Umno Tuaran mengabai kepentingan rakyat, contohnya
penyusunan rumah di Kampung Mengkabong yang dibina secara semberono dan
sambil lewa.
“Lebih ketara lagi pembangunan perumahan itu dibuat tanpa sistem
kumbahan dan pusat pembentungan najis, malah ada penduduk yang masih
tidak mendapat rumah mereka,” katanya pada kenyataan media.
(FZL)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan