Skuad BO
Menurutnya, beliau tinggal di bandar Paka, Dungun Terengganu, yang terdapat kawasan perindustrian gas dan minyak yang besar, namun setelah 35 tahun kegiatan petroleum dijalankan di negeri Terengganu, ia tidak membawa perubahan yang besar kepada badar tersebut.
"Kalau kita lihat kerajaan (Umno dan Barisan Nasional) yang ada sekarang ini sudah tidak mampu lagi untuk menjadi pemimpin negara kita oleh kerana projek-projek yang dilaksanakan penuh dengan salah guna kuasa dan rasuah,
"saya duduk di Paka, sebelah rumah saya ada 'oil and gas industry', kilang minyak dan gas........tetapi kita lihat bandar Paka itu tidak ada banyak perubahan dari(pada) masa yang dulu (lalu),"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di pasar malam kampung Cendering dekat sini, dalam gerak kerja kempen pilihanraya umum kali yang ke-13, pada Selasa petang 23 April. [Lihat Video]
Bersama beliau adalah, calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri N.16 Batu Burok dan calon PAS bagi kawasan parlimen P.036 Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan