SINAR HARIAN
MELAKA - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin
diumum sebagai calon PKR untuk bertanding kerusi Parlimen Bukit Katil
pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.
Ketua Cabang PKR Tangga Batu Rahim Ali pula akan bertanding bagi kerusi Parlimen Tangga Batu.
Nama kedua-dua mereka diumum Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
diperkenalkan pada satu ceramah di Taman Bahagia, Bukit Baru di sini
malam tadi.
Rahim, bekas guru dan pengerusi Majlis Guru Besar Sabah sebelum ini
pernah bertanding atas tiket Semangat 46 namun tewas kepada Mohd Tamrin
Abdul Ghafar (Barisan Nasional) bagi kerusi Parlimen Batu Berendam pada
1990.
Pada PRU12 lepas, PKR meletakkan Khalid Jaafar untuk kerusi itu namun
kalah kepada calon BN Datuk Mat Sirat Abu dengan majoriti 1,758 undi.
Untuk kerusi Parlimen Tangga Batu pula diwakili Zainon Jaafar (PKR)
yang tewas kepada calon BN Datuk Idris Haron dengan majoriti 14,500
undi. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan