ASPAN ALIAS
Taib Mahmud, yang enggan bekerjasama
dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), adalah petunjuk besar yang
kekuatan pimpinan Persekutuan itu penting. Itulah sebabnya seorang Perdana
Menteri itu tidak boleh mempunyai masalah undang-undang dan moral.
Sebuah negara berdaulat tidak akan mempunyai Perdana Menteri yang
peribadi dan moralnya dipersoalkan oleh masyarakat dan rakyatnya. Itu
sebabnya mana-mana Perdana Menteri yang dipersoalkan oleh rakyat tentang
rekod peribadi mereka, pimpinan mereka akan berhadapan dengan
berbagai-bagai masalah dan akhirnya rakyat yang menanggungnya.
Jika
seorang Perdana Menteri itu tidak bersih dari sudut undang-undang dan moral
peribadi, Perdana Menteri itu tidak akan mampu bertindak kerana beliau tidak akan dihormati
oleh banyak pihak. Perdana Menteri yang
tercalar imejnya dengan masalah moral tidak akan mampu bertindak terhadap
kesalahan pimpinan yang di bawah mereka.
Taib mempunyai puluhan kereta semewah ini. |
Najib mungkin bersungguh tidak
mahukan Taib Mahmud memimpin Sarawak lagi, tetapi Najib tidak berdaya untuk
meminta Taib untuk bersara atau pun berundur dari kedudukan yang beliau pegang
sejak 30 tahun dahulu. Sebabnya mudah. Jika Taib dikatakan terpalit dengan isu
rasuah yang besar-besar, Perdana Menteri seperti Najib tidak mungkin dapat
melakukan perubahan di Sarawak. Saya telah
menulis, jika Najib meminta Taib berhenti dari memimpin Sarawak kerana isu
rasuah yang keterlaluan itu, Taib akan membalas balik dengan menunjukkan
‘middle finger’ beliau kembali kepada Najib.
Penolakan Taib untuk bekerjasama
dengan SPRM itu merupakan memberikan Najib ‘middle finger’ itu kepada Najib.
Najib sendiri mempunyai masalah yang berlori-lori, bagaimana beliau hendak
menyelesaikan masalah Taib di Sarawak? Taib boleh mempermainkan Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia
yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong itu kerana Taib sudah menjadi seorang
Maharaja besar di negara ini.
Taib kaya lagi dari kerajaan Sarawak |
Saya merasakan SPRM perlu
memulakan tindakan undang-undang terhadap Taib kerana keengganan beliau tidak mahu bekerjasama dengan SPRM itu. Saya
berpendapat SPRM yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong itu tentu ada
peruntukan yang membolehkan Taib ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah kerana
keengganan beliau bekerjasama dengan SPRM itu.
Tetapi pendeknya saya bermaksud
jika seorang Perdana Menteri tidak bersih dari segi undang-undang dan moral kes
seperti kes Taib Mahmud ini tidak akan dapat diselesaikannya dengan baik.
Najib sendiri mempunyai masalah yang sama, tidak mungkin beliau mampu untuk
bercanggah dengan Taib Mahmud dalam semua isu.
Kita sedang menunggu dengan sabar
apakah tindakan Najib terhadap Taib yang telah mencerobohi undang-undang negara
itu. Isu ini juga merupakan isu yang boleh dijadikan asas pertimbangan dalam
pilihanraya kali ini.
Kita memerlukan karektor yang
kuat untuk menyelesaikan isu seperti ini dan karektor ini tidak ada di dalam
barisan kepimpinan UMNO (MKT) sekarang ini. Jika Perdana Menteri itu tidak
mempunyai kekuatan mental, moral dan tidak bersih dari isu rasuah, isu Taib tidak
akan dapat diselesaikan. Jika BN menang dalam PRU ini, Taib akan terus bermaharajalela.
Fikir-fikirkanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan