Rabu, 3 April 2013

Piala AFC: Kelantan menang besar

SINAR HARIAN

KELANTAN meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila meraih kemenangan kedua berturut-turut - kali ini 5-0 ke atas SHB Da Nang FC di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Kejayaan itu menyusul selepas kemenangan besar pertama 3-1 ke atas Ayeyawady United bulan lalu.

Keputusan itu meletakkan Kelantan dalam kedudukan selesa apabila kini berada di tangga pertama dalam Kumpulan G dengan mengutip tujuh mata - satu mata di depan SHB Da Nang FC.

Dalam perlawanan itu, Kelantan membuka tirai jaringan apabila tendangan kencang dari luar kotak penalti pemain importnya, Dickson Nwakaemi membuahkan hasil pada minit keempat.

Indra Putra menambah hasil jaringan sebelum Faiz Subri menghadiahkan gol ketiga buat Kelantan pada minit ke-23.

Bermula babak kedua, keghairahan tuan rumah mencari kemenangan semakin memuncak apabila Kelantan terus berpesta gol setelah Dimitrios Pertratos menjaringkan gol keempat hasil hantaran Faiz Subri pada minit ke-58.

Dan, akhirnya anak-anak buah Bojan Hodak menutup tirai perlawanan malam tadi dengan gol kelima menerusi Piya pada minit ke-85.

Pada perlawanan keempat Kumpulan G, Kelantan sekali lagi akan bertemu dengan SHB Da Nang FC yang akan berlangsung di tempat lawan minggu depan

Tiada ulasan: