Papagomo VS Anwar
Ibrahim : Nampaknya apa yang dipanggil perjuangan oleh blogger Papagomo
sendri tidak pernah padam walaupun ketika ini Papagomo berhadapan dengan
dua tuntutan saman yang bernilai puluhan dan ratusan juta masing-masing
daripada Anwar Ibrahim sendiri dan juga Husam Musa.
Perjuangannya selama ini untuk menyerang
dan melemahkan pimpinan Pakatan Rakyat termasuklah sasaran utamanya
Anwar Ibrahim tidak hanya berhenti setakat……penyebaran beberapa siri video melibatkan Anwar Ibrahim sahaja yang didedahkannya sebelum ini.
Ini kerana yang menariknya kali ini,
blogger Papagomo yang gah di laman blognya sehingga seringkali mendapat
perhatian dan ruang menerusi hasil tulisannya di Buletin Utama TV3 dan Utusan Malaysia untuk dijadikan sumber rujukan berita mereka, Papagomo
sendiri mengumumkan yang beliau akan bertanding menentang pimpinan NO.1
Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim di kubu kuat Ketua Pembangkang Malaysia
itu dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) kali ini.
Papagomo VS Anwar Ibrahim : PRU 13 Medan Kuburkan Anwar?
Papagomo VS Anwar Ibrahim : Kalah Sudah Pasti, Tapi Biar Anwar Senak!
Meneliti akaun Twitter blogger Papagomo, Papagomo
sedar sebenarnya yang beliau akan kalah. Tetapi pelannya bertanding di
Parlimen Permatang Pauh untuk “berkongsi bahan kempennya ” bersama -sama
warga Permatang Pauh di sana sekaligus dengan harapan dapat memecahkan
sedikit -sebanyak jumlah majoriti yag bakal dimenangi Anwar Ibrahim
kelak.
Jikalau Anwar Ibrahim mungkin akan
meneruskan agenda kempen seperti yang dipersetujui oleh pilipinan
Pakatan Rakyat bagi membentangkan manifesto pakatan Rakyat (SEPERTI DI SINI) termasuklah hebahan agenda ekonomi kepada warga Permatang pauh amnya, apa pula agaknya bahan kempen yang bakal dihidangkan Papagomo untuk warga Permatang Pauh yang boleh mengganggu gugat dan memecahkan seberapa banyak jumlah majoriti yang pernah dimenangi Anwar Ibrahim semasa Pilihanraya kecil Permatang Pauh sejumlah 15,671 undi?
Adakah risalah kempen seperti dakwaan
liwat terhadap Anwar Ibrahim ataupun juga beberapa lagi siri video lucah
dan liwat yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim akan dipertontonkan Papagomo kepada rakyat Malaysia umumnya dan warga Permatang Pauh amnya sepanjang berlangsung kempen Pilihanraya Umum ke 13 kelak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan