Anda sudah selesai membacanya? Beruntung
bukan Nasir Yusof yang tiada bezanya dengan anda, anda di sini kerana
beliau adalah warganegara Malaysia. Malahan, Nasir Yusof sudah pun
berjaya mengundi di 3 siri Pilihanraya Umum. Hebat… Nasir Yusof dan juga
anak-anaknya sekarang ini yang pastinya sudah membesar dengan sihat
juga layak menerima pelbagai kemudahan dan keistimewaan atas nama
warganegara Malaysia.
Sukar atau tidak jika mahu mendapat keistimewaan yang dimilki Nasir Yusof sekarang ini?
Tidak sudah mana pun sebenarnya. Kata kunci yang perlu dipegang adalah :
“Kesetiaan”
Cukup sekadar anda “setia”, kalangan
yang bergolok gadai memecah masuk perarairan Sabah contohnya ada peluang
untuk menjadi seperti Nasir Yusof sekarang ini. Nasir Yusof perlu
berterima kasih dengan kejayaan “Projek IC Sabah“
- Sabah pada tahun 1970 : 636,431
- Sabah pada tahun 2000 : 2,2449,389
- Kadar kenaikan penduduk di Sabah : (285%)
- Sarawak pada tahun 1970 : 976,269
- Sarawak pada tahun 2000 : 2,012,616
- Kadar kenaikan penduduk di Sarawak : (285%)
- Semenanjung Malaysia pada tahun 1970 : 10,439,430
- Semenanjung Malaysia pada tahun 2000 : 22,202,614
- Kadar kenaikan penduduk di Semenanjung Malaysia : (113%)
Walaubagaimanapun, Nasir Yusof tidak
keseorangan. Ini kerana Harisa Binti Mahadi pun telah pun berjaya
diterima sebagai warganegara Malaysia
Inilah situasi yang berlaku di Sabah
hari ini. Yang pelik dan hairannya, walaupun bukan status warganegara
tetapi berjaya layak mendapat kad pengenalan biru.
Jikalau sebelum ini
rakyat Sabah kerapkali merintih ibarat mereka menumpang di negara lain
apabila melihatkan lambakan warga asing di Sabah saban tahun, akhirnya
satu demi satu dokumen berjaya diselongkar.
Saudari Harisa Binti Mahadi juga tidak
akan akan ketinggalan bersama-sama para pengundi sah yang lain
menunaikan kewajipannya dan tugasnya untuk mengundi pada Pilihanraya
Umum ke 13…..
Sumber : SPR Malaysia
Persoalan kami sekarang ini, siapa dalang disebalik pemberian kewarganegaraan secara mudah ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan