MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
KOTA BHARU - Datuk Seri Mustapa Mohamed bertanding di kerusi Parlimen
Jeli dan Dun Air Lanas sekali gus mengesahkan spekulasi beliau akan
diangkat sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Barisan Nasional
menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ketika mengumumkan BN Kelantan hari ini, Tengku Razaleigh Hamzah turut
diumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa akan bertanding di kerusi Parlimen Ketereh.
Datuk Seri Dr Awang Adek Husin sekali lagi dicalonkan di kerusi Parlimen Bachok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan