Tindakan itu dibuat berikutan mereka tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan parti yang memilih Chai Thiam sebagai calon.
Ketua MCA Seremban, Datuk Peter Lai Yit Fei berkata, mereka membantah keputusan pucuk pimpinan itu.
“Kami kecewa dengan keputusan itu dan mahukan calon lain yang lebih sesuai untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban.
“Malah jika Chai Thiam terus dikekalkan sebagai calon, kami sepakat tidak akan turun padang membantu MCA bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum kali ini,” katanya.
Sementara itu Sinar Harian difahamkan penduduk di Dun Chennah turut menolak calon baru iaitu Siow Foo Wen dan mahukan calon lama iaitu Datuk Siow Chin Pin dikekalkan bertanding di kawasan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan