Ada hadiah dan berita gembira untuk
warga di Cyberjaya amnya menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13. Pengumuman
& pelancaran projek mega bernilai berbilion-bilion ringgit. Tetapi
ada syaratnya untuk kalangan anda umumnya dan warga Cyberjaya amnya
jika mahukan merasai projek berbilion-bilion ini….
Senarai 3 Projek Pembangunan di Cyberjaya (RM6 Bilion)?
- Masjid Cyberjaya iaitu masjid pertama yang mendapat anugerah Indeks Platinum Hijau bernilai RM62 juta yang dijangka siap 2015 di atas tanah seluas 17.5 ekar dan mampu memuatkan 8,500 jemaah.
- Pembinaan 2,500 unit rumah dan komersial termasuk 794 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) bernilai RM1.02 bilion
- Pusat Bandar Cyberjaya bernilai RM6 bilion di atas tanah seluas 141 ekar
Dengan pembangunan 3 projek yang
tersenarai seperti di atas ini, dikatakan Cyberjaya bakal mendapat
pelaburan tambahan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM20 bilion dalam
tempoh 5 tahun. Wow! Itu antara jangkaan seperti yang diucapkan oleh
Datuk Seri Najib Razak.
Tetapi seperti yang kami nyatakan
seperti di atas, ada syaratnya untuk menjadikan projek-projek yang
disenaraikan menjadi realiti dengan syarat :
“Untuk merealisasikan impian di Cyberjaya menjadi realiti, maka dua isu iaitu isu air dengan kerajaan Selangor perlu diselesaikan dan terus berlaku kesinambungan kepimpinan di Putrajaya. Rakyat berpeluang mengubahnya dalam masa terdekat,” kata Najib.
Dalam bahasa halusnya, diharapkan
kepimpinan yang ada sekarang dikekalkan. Dalam erti kata lain, secara
terus-terangnya Datuk Seri Najib berharap majoriti rakyat Malaysia terus
mengundi & membantu mengekalkan kuasa Barisan Nasional dalam
landskap politik Malaysia selepas Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Cuma….
Cuma kami ada sedikit musykil dan
tertanya-tanya melibatkan beberapa persoalan. Yang pertama, benarkah ada
masalah air di Selangor? Yang keduanya, apa kaitannya masalah air di
Selangor yang dibangkitkan dengan pelancaran 3 projek yang ingin
dilaksanakan di Cyberjaya?
Mungkin ada anda di sini boleh membantu
menjawabnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan