Dalam manifesto Pakatan Rakyat sebelum
ini ada dibentangkan cadangan dan pelan untuk mengurangkan harga kereta
sedikit demi sedikit setiap tahun sebanyak 20% melalui pengurangan cukai
eksais yang berada di bawah kuasa kerajaan Malaysia.
Macam-macam reaksi yang kita dengar di
mana satu cadangan yang tidak terfikir dan tidak terjangkau dek akal
semenjak dilancarkan kereta buatan Malaysia yang pertama Proton sekitar
90an dahulu….
Ada kalangan kalangan rakyat Malaysia
yang memberikan ruang dan peluang kepada dirinya untuk mendengar
penjelasan dan penerangan mengenai dasar penurunan harga kereta di
Malaysia ini. Dan ada juga yang membantah sekeras-kerasnya tindakan Pakatan Rakyat yang mahu menurunkan harga kereta di Malaysia.
Tun Dr. Mahathir pernah meluahkan
kerisauannya tentang sikap bangsa Melayu amnya semasa mendeklamasikan
sajaknya di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2001 yang bertajuk “Melayu
Mudah Lupa”. Alhamdulillah selepas lebih 10 tahun berlalu, kami
melihatkan bangsa Melayu tidak mudah lupa lagi dan semakin celik dengan
berlaku evolusi perkongsian maklumat di Internet sekarang ini yang
berlaku dengan pantas.
Ini kerana berbalik kepada kenyataan
demi kenyataan serta reaksi spontan yang dikeluarkan daripada kalangan
pemimpin sejurus keluarnya cadangan mahu menurunkan harga kereta
daripada pihak pembangkang. Kami sempat simpan beberapa kenyataan
pemimpin sebelum ini untuk dijadikan rujukan.
Antara sebab, kalangan pemimpin yang
risau disebalik pengumuman Pakatan Rakyat yang mahu menurunkan harga
kereta antara lainnya ialah :
- rakyat bakal muflis
- tidak praktikal
- kesesakan lalu lintas
- rencat usaha kerajaan
- tidak rasional
- mekanisme PR mengelirukan
Harga Kereta Turun : Rencat Usaha Kerajaan
Kenyataan Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia)Sumber : Utusan Malaysia
Harga Kereta Turun : Cadangan Tidak Rasional!
Kenyataan Pengerusi Felcra : Datuk Tajuddin RahmanSumber : Sinar Harian
Harga Kereta Turun : Ramai Akan Muflis
Kenyataan Menteri JPM (Ekonomi) : Tan Sri Nor Mohamed YakcopSumber : Sinar Harian
Harga Kereta Turun : Cadangan PKR Mengelirukan!
Kenyataan Timbalan Perdagangan & Industri : Datuk Mukhriz Tun MahathirSumber : Berita Harian
Harga Kereta Turun : Tidak Praktikal!
Kenyataan Menteri KPDNKK : Datuk Seri Ismail SabriSumber : Malaysiakini
“Hendak seribu daya tak nak seribu dalih”
Walaubagaimanapun selepas 6 bulan
berlalu di mana berlangsungnya pelancaran manifesto Barisan Nasional
sepertimana yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini,
akhirnya harga kereta akan diturunkan sekurang-kurangnya 20%-30% jika
Barisan Nasional dipilih sekali lagi oleh anda semua untuk terus
menerajui kerajaan Malaysia bagi 5 tahun akan datang. Boleh sebenarnya
untuk dilakukan…
Bermakna di sini, baik Pakatan Rakyat
mahupun Barisan Nasional ada menawarkan mekanisme dan menunjukkan usaha
untuk menurunkan kos pemilikan kereta di Malaysia yang merupakan hutang
rakyat Malaysia yang kedua tertinggi dan telah pun mencecah RM134.12
bilion (satu angka yang bagi kami menunjukkan hutang kereta rakyat
Malaysia sudah mencapai tahap serius).
“Ini juga menunjukkan kedua-dua kumpulan parti yang terbesar di Malaysia samada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat berusaha keras untuk memenangi hati pengundi seperti anda semua di sini”
Persoalan yang bermain di fikiran rakyat Malaysia yang mana satu menjadi pertimbangan dan pilihan rakyat Malaysia sekarang ini.
Tawaran daripada Barisan Nasional ataupun daripada Pakatan Rakyat?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan