Walaupun
Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman dilaporkan mungkin
bertanding di Gelang Patah, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata
beliau tetap tidak akan lari dari kawasan Parlimen itu.

"Kalau Ghani hendak bertanding di Gelang Patah, saya tak akan undur! Kita bukan
kiasu (takut kalah)! Kita bukan
kiasi (takut mati)
"
Su jiu su, si jiu si (kalah
atau mati, biarkan saja)!" katanya di hadapan ribuan rakyat Johor dalam
bahasa Hokkien semasa ceramah di Batu Pahat malam tadi, tempat beliau
dilahirkan dan mendapat pendidikan awal.
Kenyataan itu mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang rata-rata orang Cina.

Lim
yang mahu meninggalkan kerusi Parlimen Ipoh Timor itu menegaskan,
beliau memilih Gelang Patang kerana mahu mengembangkan "tsunami politik"
pada 2008 ke kawasan Selatan, sekali gus menguatkan Pakatan Rakyat bagi
merampas Putrajaya.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan
Eng yang berucap sebelum itu pula mencabar Presiden MCA Datuk Seri Dr
Chua Soi Lek berdepan dengan Kit Siang di Gelang Patah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan