Keputusan PRU13 Jempol : Kejutan terbesar sebaik proses pengumuman calon Barisan Nasional (BN) (DI SINI)
selain dari gugurnya nama Rais Yatim di Parlimen Jelebu adalah, nama
Tan Sri Isa Samad dicalonkan BN untuk bertanding di Parlimen Kempol bagi
menentang Wan Aishah yang akan mewakili parti PAS. Jikalau ikutkan….
Sebenarnya, penyandang kerusi Parlimen
Jempol menjelang Pilihanraya Umum 2008 (PRU12) adalah Tan Sri Isa Samad
sendiri. Jadi, kawasan Parlimen Jempol bukanlah asing baginya.
Keputusan PRU12 2008 VS Pertandingan PRU13 2013 (P127 Jempol)
- Selain pernah menjadi menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad juga pernah dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dari tahun 2004 sehingga tahun 2005 setelah memenangi kerusi Parlimen Jempol pada pilihanraya umum tahun 2004.
- Pernah sekejap jadi Menteri Wilayah Persekutuan dan selepas itu didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana mengamalkan politik wang semasa bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO, pada Perhimpunan Agong UMNO 2004.
Dan sejak daripada itulah Isa Samad,
mula diperkatakan sebagai pemimpin rasuah hingga tidak dicalonkan semula
di mana-mana kerusi DUN mahupun parlimen sampailah dilantik semula
mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang pada tahun 2009 dan
menang menewaskan calon Parti Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan
majoriti yang besar.
Rekod lampau Isa samad dalam politik wang tidak sedikit menjejaskan peluang dan menjadi halangan untuk Isa samad menjadi Pengerusi FELDA (SEPERTI DI SINI)
Keputusan PRU13 Parlimen Jempol : Peluang Calon Isa Samad VS Wan Aishah?
Sebenarnya parlimen Jempol bukanlah
suatu yang agak tidak asing dengan nama Tan Sri Isa Samad, namun
terdapat pergolakan dalam berhubung pemilihan Tan Sri Isa Samad untuk
bertanding di kawasan Parlimen Jempol. Ini kerana, ramai ahli UMNO
kawasan Jempol merasakan bahawa Tan Sri Isa Samad tidak dilihat sebagai
calon yang boleh menang. Itu cerita disebelah kem Barisan Nasional.
Bagi Wan Aishah Wan Ariffin pula,
sebagai bekas artis popular yang juga penyanyi terkenal suatu masa dulu
dengan lagu hit “Janji Manismu”, tidak sukar untuk menambat hati para
pengundi di jempol, lebih-lebih lagi pengundi wanita di sana yang
rata-rata menghormatinya selain merupakan pemegang Ijazah Sains Politik di Universiti Auckland. Walaubagaimanapun….
Mungkin ramai yang tidak tahu, bahawa datuk saudara Wan Aishah, iaitu Aziz Ishak adalah bekas pemimpin tinggi Parti Konvensyen Negara, iaitu salah satu organisasi Front Sosialis iaitu hasil gabungan Parti Buruh dan Partai Rakyat pimpinan tokoh politik negara Pak Sako dan Ahmed Boestamam.
Namun pemilihan Wan Aishah di Parlimen Jempol juga tidak digemari oleh ahli PAS bahagian Jempol sebenarnya
kerana merasakan pemilihan Wan Aishah ini hanyalah sebagai calon “bidan
terjun” dan “tidak mempunyai pengalaman dalam sepak terajang politikdi
Malaysia” berbanding calon PAS tempatan yang sedia ada. Kebanyakan ahli
Pas yang mahukan Ketua Dewan Pemuda Pas Jempol, Mohd. Fairuz Mohd. Isa
bertanding di kawasan itu.
- Berdasarkan rekod, kawasan Parlimen Jempol merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama. Justeru Wan Aishah dikatakan sukar untuk memenangi kerusi Parlimen itu berikutan ramai penduduk Felda di kawasan Jempol merupakan penyokong kuat Barisan Nasional
- Namun isu rasuah yang dipalitkan terhadap Tan Sri Isa Samad juga sedikit sebanyak menyebabkan imejnya tercalar pada pandangan rakyat.
Walauapapun, perseteruan ini akan
dimuktamadkan dan kuasanya ada pada tangan pengundi menjelang keputusan
PRU13 parlimen jempol pada 5 Mei 2013 kelak.
Bagi pengundi Parlimen
Jempol amnya dan rakyat Malaysia umumnya, mana satu pilihan hati? Janji
Manismu atau Janji Ditepati? Mengapa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan