Khamis, 11 April 2013

Kartun Doremon Pun Boleh Setengah Jam......!!??

Ahmad Nazri Khamis

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/doraemon.jpgSaya berminat  dengan program kartun yang disiarkan di kaca-kaca TV sejak lama lagi, antara  program kartun yang paling saya minati  ialah Ultraman,  kadang-kadang sehingga terlupa makan dan mandi. Selalunya saya dan rakan-rakan melekat depan TV selepas sahaja kami bermain-main.

Masa bergerak pantas dan tiba pula musim kartun Doremon, kartun Doremon sangat disukai ramai, bukan sahaja oleh kanak-kanak bahkan orang dewasa seperti sayapun tidak ketinggalan. Pada waktu petang adalah masa untuk bersantai di depan TV dengan program kartun Doremon, 30 minit tanyangan Doremon rasanya macam tidak cukup, namun apapun rasa ‘syok’ sangat apabila dapat tengok Doremon.

Hari ini walaupun zaman kegemilangan Doremon sudah berlalu namun kesan kekal diingatan, lagunya pun saya kira masih lagi ‘terngiang-ngiang’ di cuping telinga peminat. Hari ini masyarakat menyedari bahawa program-program seumpama itu langsung tidak memberikan kebaikan kepada perkembangan minda kanak-kanak bahkan minda segar kanak-kanak dikotori fikiran songsang yang tidak menentu.

Pada 3 April 2013, Perdana Menteri, Dato Seri Abdul Najib Razak telah mengumumkan pembubaran parlimen untuk memberikan laluan kepada Pilihanraya ke 13 diadakan. Apabila pemimpin negara melaungkan kata azimat iaitu “Demokrasi berparlimen” rakyat seperti saya tertanya-tanya apakah gambaran Demokrasi berparlimen itu?

Media arus perdana yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia 100% pro-Umno/BN memuji-muji Umno/BN serta memburuk-burukan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat langsung tidak diberkan ruang di media arus perdana.. Jentera kerajaan, Jentera Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan pula digunakan sepenuhnya oleh pemimpin Umno/BN dan hari ini, Menteri Penerangan sementara berkata, BN yang masih dianggap sebagai kerajaan sementara (selepas bubar parlimen) pada masa ini boleh berbuat demikian (menggunakan jentera kerajaan) selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula.

"Sekarang kita di dalam suasana lingkungan bidang tugas kerajaan sementara. Kerajaan masih wujud di bawah Perkara 43 (Perlembagaan Persekutuan) dan perkara yang melibatkan kuasa eksekutif –  Perkara 38 (melibatkan) Majlis Raja-Raja dan juga Perkara 43 (melibatkan) kuasa lantikan menteri – menteri dan juga di bawah akta fungsi menteri, semua menteri berfungsi dan semua jabatan kerajaan seperti biasa.

"Tetapi apabila dimulakan hari penamaan calon, pada hari itu tidak boleh mana-mana jabatan kerajaan mengambil bahagian dalam apa jua program yang menampakkan membantu pilihan raya satu-satu parti," katanya.

Pada saya dengan kata lain Umno/BN menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk kegunaan parti politik mereka sejak merdeka lagi selain ditolak hari-hari kempen, Selama ini Pakatan Rakyat “mendakwa’ Umno/BN menggunakan seluruh jentera kerajaan dalam kerja buat parti mereka itu bukanlah satu  dakwaan palsu. Ketika media kerajaan menyiarkan secara langsung  perbentangan Manifesto BN oleh Dato Seri Najib, Menteri Penerangan sementara itu hanya boleh beri 10 minit sahaja kepada Pakatan Rakyat untuk membentangkan Manifesto mereka masing-masing sedangkan kartun Doremon pun boleh disiar selama 30minit.

Saya kira Dato Seri Rais Yatim sudah hilang kewarasan berfikir sebagai manusia yang diberikan akal. Pemimpin Umno/BN hampir kesemuanya berfikiran kartun…(kecuali pemimpin seperti Gua Musang dan Johor Bahru), sebelum ini mereka kata bila Pakatan Rakyat ingin turunkan harga kereta negara akan jadi bengrap, hari ini apabila mereka ‘berjanji’ menurunkan harga kereta, lain pula kata pemimpin Umno/BN.

Kartun Doremon pun boleh setengah jam…....memang kelakar......!!!

Tiada ulasan: