PETALING JAYA : Pakatan Rakyat (PR) mendakwa daripada 157 janji yang diketengahkan dalam manifesto Umno-BN yang dilancarkan Sabtu lalu, hanya 14 peratus atau 22 janji adalah idea baru.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, 15 peratus atau 23 janji daripada manifesto itu adalah idea yang diambil dari manifesto PR.
Manakala, 71 peratus adalah program sedia ada atau sasaran umum yang sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan.
“Setelah menjadi Kerajaan Persekutuan selama 56 tahun, Umno-BN tidak mampu mengetengahkan idea-idea baru yang boleh menarik perhatian rakyat, sebab itu Umno-BN terpaksa menciplak,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat PKR, di sini.
Rafizi menambah tindakan menciplak dasar besar dari PR menggambarkan bahawa Umno-BN akhirnya menerima hakikat bahawa Manifesto PR mampu dilaksanakan.
Antara dasar yang ditiru dari PR adalah menurunkan harga kereta, memberi permit teksi individu, membina rumah rakyat supaya tidak ditinggalkan kepada swasta dan bantuan yang adil kepada semua jenis sekolah.
Dalam perkembangan sama, Rafizi mendakwa manifesto Umno-BN untuk mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan baru adalah tidak realistik.
Katanya, sejak tahun 2009 hingga 2012, Najib sering menjanjikan peluang pekerjaan baru sedangkan sudah jelas dalam rekod bahawa sebenarnya peluang itu tidak ditepati.
“Jika dilihat dalam Perangkaan Unit Perancang Ekonomi menunjukkan Umno-BN hanya mewujudkan sekitar purata 300,000 pekerjaan baru sahaja sejak Najib menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Jelas Rafizi bagi mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan baru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menambah pekerjaan sebanyak 650,000 setahun secara purata iaitu lebih dari satu kali ganda dari jumlah sedia ada.
“Angka ini tidak munasabah, terutamanya apabila tidak ada apa-apa rancangan di pihak mereka untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing seperti yang dicadangkan oleh PR sebelum ini.
“Dalam manisfesto PR, PR mensasarkan untuk mewujudkan tambahan satu juta peluang pekerjaan baru dengan mengurangkan tenaga buruh asing dan melatih pelajar lepasan SPM untuk mengganti mereka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan