Tempoh kempen pilihanraya Umum 2013
(PRU13) telah pun bermula. Tetapi penyalahgunaan harta kerajaan dan
harta awam dalam kempen-kempen pilihan raya kecil atau umum sudah
menjadi lumrah di Malaysia dengan rasa tidak bersalah dan masih terus
digunakan sceara berleluasa…
BN dan UMNO sebenarnya masih lagi tidak
serik-serik lagi. Walaupun sudah berulangkali dinasihatkan agar tidak
menggunakan sebarang harta kerajaan semasa kempen PRU13 ini, mereka
masih berdegil.
Terbaru, Dr. Mahathir dikesan dikatakan
menaiki helikopter TLDM dari Kuala Lumpur ke Pengkalan TLDM Lumut untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk “Perpaduan Ummah Menjelang PRU13″
pada 23 April 2013 yang lalu. Apa pengisian dalam ceramah tersebut?
Semuanya akan Berita Semasa dalam laporan berita yang seterusnya…
Apa yang kami kesalkan, mengapa
penggunaan harta kerajaan semasa tempoh berkempen dibenarkan dan ditutup
sebelah mata sahaja oleh pihak-pihak berkenaan?
Dr Mahathir selaku mantan Perdana
Menteri Malaysia sepatutnya lebih tahu mengenai undang-undang dan
larangan menggunakan harta benda kerajaan semasa berkempen. Kalau pun
beliau dijemput, sebaiknya, Dr Mahathir mempunyai integriti, di mana
beliau boleh menolak pelawaan untuk menaiki helikopter tersebut kerana
datangnya adalah bertujuan untuk menyampaikan ceramah politik.
Bukankah SPR telah memberikan peringatan dan garis panduan kepada parti-parti politik yang bertanding…
Amalan kontemporari di Malaysia
menunjukkan bahawa ramai ahli politik yang menyalahgunakan sumber awam
untuk mempromosikan agenda politik mereka dan parti-parti politik
mereka. Amalan ini mesti dihentikan untuk memastikan bahawa
sumber-sumber awam yang digunakan untuk kebaikan bersama semua rakyat
tanpa mengira anutan dan ideologi politik maisng-masing. Teringat kami
dengan ungkapan emas Dato’ Hj. Fadzilah Kamsah :
“Manusia bila selalu buat salah, apa yang salah dia rasa betul”
Kami sebenarnya berharap agar
parti-parti politik di Malaysia ini, menghormati undang-undang yang
ditetapkan serta mematuhi peraturan semasa berkempen. Negara sudah lama
amal sistem demokrasi, tetapi malangnya mentaliti sesetengah parti
politik masih mentaliti diktator. Apa pendapat bals anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan