Debat PRU13 : Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (KLIK SINI) dan pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat (PR) (DI SINI) sudah pun dikemukakan kepada rakyat Malaysia umumnya dan secara amnya kepada penyokong-penyokong setianya.
Sudah semestinya kebanyakan penyokong
tegar dan setia dari parti masing-masing baik daripada Barisan Nasional
mahupun daripada Pakatan Rakyat akan terus bersetuju dan menerima
kesemua tawaran daripada pimpinan parti mereka tanpa sebarang
perbincangan dan diskusi yang sihat. Tetapi…..
Bagaimana pula dengan nasib ramai
pengundi “atas pagar” yang masih tercari-cari dasar negara dan tawaran
yang dirasakan terbaik untuk mereka menjelang Pilihanraya Umum ke 13
untuk dibuat penerlitian yang seimbang….
Video Debat PRU13 (Pilihanraya Umum 2013) Najib VS Anwar
LIHAT VIDEO DI SINI
Sebenarnya, generasi yang atas pagar
akan melihat pemimpin yang lebih berani untuk diundi. Debat PRU13
seharusnya di buat LIVE di TV kerana ia mencerminkan budaya demokrasi
sebenar.
Setelah sehingga pukul 10:30 malam, Datuk Seri Najib Razak masih lagi tidak kelihatan.
- Akhirnya debat PRU13 antara Najib Razak VS Anwar Ibrahim bertukar menjadi ceramah Pakatan Rakyat pada malam tadi, apabila wakil Barisan Nasional pun tidak keihatan pada majlis tersebut.
Sepatutnya, andaikata Datuk Seri Najib
Razak tidak dapat hadir, mungkin boleh dihantar wakil untuk
mempertahankan polisi dan manifesto masing-masing.
Ini kerana perlu diingat, bahawa,
tiap-tiap majlis yang ada nama besar sebegini, ia menjadi perhatian
ramai walaupun di dalam Youtube yang disiarkan secara langsung. Di situ
sahaja, peratusan pengundi atas pagar dan generasi Y yang “sentiasa haus”
dengan maklumat yang lebih telus dan terbuka yang mana mereka tidak
perolehi melalui media arus perdana hari ini sedang mencari-cari hala
tuju utk mengundi teramat tinggi.
Generasi Y contohnya, sebenarnya tidak
perlukan hiburan yang berlebihan untuk mereka menjelang Pilihanraya Umum
ke 13 contohnya nyanyi-nyanyi, adakan konsert hiburan, tidak perlu
sebenarnya tetapi apa yang generasi Y perlukan sebenarnya adalah suasana dan wacana yang lebih bermentaliti tinggi untuk mereka berfikir mengenai halatuju dan dasar negara untuk 5 tahun seterusnya.
- Gen-Y majoritinya adalah celik ilmu & sedar bahawa hiburan hanyalah sandaran sementara
- Generasi Y tidak menganggap hiburan ini sebagai “candu” sehingga perlu sentiasa dihidangkan untuk mereka
Kita renungkan semula sejarah lampau di
zaman nabi-nabi kita dahulu termasuklah Nabi Muhammad pun debat dengan
kaum kafir Quraisy. Debat sudah digunapakai dikalangan pemimpin Islam
dahulu lagi untuk berdepan dengan orang ramai untuk pertahankan
kebenaran, dasar, pendirian dan polisi yang ingin mereka laksanakan
untuk masyarakat zaman dahulu.
Lagi 7 tahun kita bercita-cita besar mengejar negara maju tahun 2020. Apa salahnya mentaliti kita semua pun dinaiktraf sama?
- Hakikatnya pertahankan kebenaran di hadapan penyokong sendiri, itu orang panggil ‘ceramah’
- Sangat-sangat berbeza dengan debat. Debat adalah salah satu platform dakwah.
- Cendikiawan Islam pun menggunapakai debat sebagai tempat untuk mencambahkan ilmu antara satu sama lain. medan untuk bertukar-tukar pendapat. Ini kerana yang paling penting aia akan berbalik kepada membawa kebaikan kepada rakyat, negara itu sendiri
Andaikata, tidak mahu diadakan debat
antara Najib VS Anwar dan menjadikannya ia sebagai satu realiti, buatlah
alternatif lain. Apa salahnya di pihak Barisan Nasional dan juga
dipihak Pakatan Rakyat disiapkan satu pasukan khas dan dibarisi pasukan
pemikir dan pendebat (sekurang-kurangnya 2 atau 3 orang) yang membawa
aspirasi dan mempertahankan polisi masing-masing di hadapan rakyat
Malaysia di atas satu pentas yang sama.
“Bukannya cara baling batu sembunyi tangan”
Negara kita Malaysia mengamalkan sistem
demokrasi. Debat merupakan salah satu cara untuk rakyat memikir,
mengkaji, dan merenungi akan pemimpin dan parti mana perlu disokong
untuk PRU-13 yang bakal menjelang. Perdebatan merupakan salah satu
cabang sistem demokrasi diamalkan.
“THIS IS FREE COUNTRY”
Debat PRU13 bukannya tempat berkelahi
sesama sendiri, bukan platform utnuk melacurkan perkara-perkara peribadi
wakil pendebat…tetapi lebih kepada profesional. Debat secara berhemah, memperjuangkan manifesto masing-masing yang digembar gemburkan selama ini.
Tidak salah melakukan satu transformasi pemikiran rakyat baru…yang
kadang-kadang keliru dengan kepimpinan masing-masing. Bercelaru dengan
pelbagai isu yang kadang-kadang memualkan seperti…………Anda boleh fikir
sendiri.
- Every politicians must have the confident
- Walk your talk, make your manifesto believable in the eye of public
Walaubagaimanapun, kepada pihak
penganjur kalau boleh pastikan speaker benar-benar hadir barulah
diadakan Debat PRU13 seperti ini. Kalau tidak ia akan menjadi ceramah
politik semata-mata yang biasa didengar di mana-mana sebelum ini.
“Tujuan debat bukan untuk cari kemenangan tetapi untuk cari kebenaran”
Debat Harga Minyak : Harap Budaya Tidak Terhenti Setakat Itu Sahaja
LIHAT VIDEO DI SINI
Berita Semasa akan terus berharap
sebagaimana harapan kami mahu melihat debat yang sihat dan wacana yang
segar antara pemimpin daripada kedua-dua parti politik diadakan dan akan
terus berharap sehingga menjelangnya hari mengundi Pilihanraya Umum
2013 (PRU13). Apa pendapat dan harapan anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan