Roket kini.com
Profil:
Nama: Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz
Jawatan dalam parti: Ahli DAP
Pendidikan: Bidang Ekonomi di Universiti Malaya dan University of Manchester(Owens)
Pengalaman Politik: 1) Mantan ADUN Pulau Manis, Pekan (2000-2004)
2) Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan
Blog: http://sakmongkol.blogspot.com/
“Mana awak nak letak ‘Melayu’ awak dalam DAP?”
(Tersenyum) Bila ada kawan kita datang, kita beritahu mereka DAP bukan parti orang Cina, tetapi kebetulan majoriti pemimpin dan ahli DAP ramai orang Cina. DAP sebenarnya adalah parti untuk semua rakyat Malaysia. Ini yang orang masih tak tahu. Sekarang baru nampak.
Hujah UMNO terutamanya kadang-kadang bercanggah; dia marah orang Melayu sertai DAP. Dia lempar bermacam tohmahan, pengkhianat dan sebagainya, tapi bila tak ramai Melayu menang dalam CEC, cuma Zairil, dia marah pula!
Kalau dia (UMNO) nak bercakap dalam konteks, UMNO perlu kata, “Melayu kena ramai masuk DAP lagi. Apa susahnya? Dan kita kena sedar ini, DAP berpegang dan mendokong semua perkara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. DAP mahu melaksanakannya dengan betul dan mengikut prinsip yang sepatutnya, menyeluruh dan jujur. Itulah, bila sekarang ini lebih setahun saya besama DAP, saya rasa di situlah orang Melayu mula melihat dan faham.
Masuk DAP pengkhianat bangsa? Betul ke?
Masalah orang UMNO antaranya mereka sombong dan angkuh. Mereka ingat seolah-olah orang Melayu itu adalah Melayu yang bersama UMNO. Semacam orang Melayu dalam parti lain itu kurang Melayunya. Apa yang Melayu tak Melayunya? Itu masalah pokok mereka.
UMNO bukan mewakili orang Melayu, majoriti Melayu undi oposisi
Saya nak sebut, you (UMNO) mewakili orang Melayu pun awak tak boleh. Sebab pada 2008, daripada 5.7 juta pengundi Melayu, calon UMNO hanya dapat dua juta undi. Baki 3.7 juta pengundi Melayu tidak beri undi kepada UMNO. Maka kamu nak jadi jurubicara mewakili orang Melayu pun tak boleh. Dan slogan bela Melayu semua itu sekadar propaganda dan nak sedapkan diri sendiri. Realitinya, lebih ramai orang Melayu tolak UMNO daripada menyokong mereka. Jadi apa yang mereka nak sibuk sangat. Saya berada di luar UMNO, Melayu saya tidak kurang, Islam saya tidak kurang pun.
“Kena faham siapa DAP, baru tahu”
Bila orang Melayu faham perjuangan DAP untuk keadilan sosial berlandaskan peruntukan Perlembagaan, kepentingan Melayu atau bangsa apapun takkan terjejas. Bab agama; DAP tak pernah usik, malahan DAP menghormati pegangan agama orang Melayu iaitu Islam. Apa saja yang diperuntukkan dalam undang-undang dan Perlembagaan itulah yang DAP pegang. Orang Melayu sudah lama ditakutkan dengan DAP selama lebih 50 tahun. Inilah yang ditanam oleh UMNO.
Orang takut DAP sebab dia berfahaman sosial demokrat?
UMNO berfahaman apa? Saya lihat lebih banyak persamaan dan lebih banyak perkara yang boleh dipersetujui daripada perkara yang hendak berbalah. Paling jelas seperti keadilan sosial yang ada dalam Islam. Ia juga ada persamaan yang banyak dengan keadilan sosial yang DAP perjuangkan. Tidak wujud perbezaan di sini. Kecuali hal spiritual, ritual keagamaan, yang doktrinal itu tidak ada masalah dan tidak perlu langsung diperbalahkan sebab DAP tidak menyentuh, tidak memaksa soal pegangan kepercayaan, akidah individu.
Ketakutan sebenar UMNO-BN…
Mereka paling takut penyelewengan, skandal rasuah mereka terdedah, mereka juga takut kepentingan untuk buat kekayaan hilang. Keduanya, dia (UMNO-BN) tahu apabila dia kalah dia akan terus lemah sebab mereka ini tidak tahu untuk kalah. Tidak pernah kalah. Ini satu benda baru untuk dia tapi dia tidak boleh halang gelombang kebangkitan rakyat yang terlalu kuat.
Bagaimana Datuk melihat penerimaan orang Melayu kepada DAP sekarang berbanding dahulu?
Hari ini semakin lama kefahaman orang Melayu terhadap perjuangan DAP sudah semakin meningkat, Melayu sudah faham bahawa selama ini persepsi yang melingkari pemikiran mereka ialah indoktrinasi propaganda yang UMNO lakukan dengan mengambarkan DAP itu sebagai sebuah parti chauvinis Cina dan sebagainya.
Tapi hari ini orang Melayu mulai sedar bahawa perjuangan DAP ialah untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang baik, kerajaan yang melaksanakan dasar yang adil dan yang menuntut good governance (urus tadbir yang baik) itu yang paling penting.
Orang Melayu sudah tahu, misalnya PAS tidak suka pada rasuah, DAP pun tidak suka rasuah, DAP tidak suka kepada ketidakadilan dan kezaliman, PAS pun mempunyai kefahaman yang sama. Jadi orang Melayu sekarang ini tidak takut. Melayu semakin faham bahawa yang menentukan masa depan negara bukan UMNO tetapi kerajaan dengan urus tadbir yang baik dan telus.
UMNO sekarang ini tidak boleh buat apa-apa bila orang Melayu yakin kepada kesungguhan dan ketelusan kepimpinan DAP memperjuangkan kepentingan semua orang dan tidak mengabaikan orang Melayu.
Ramai orang UMNO dan Melayu sendiri tahu pemimpin UMNO-BN lakukan banyak kesalahan, penyelewengan tetapi ada yang masih ragu atau takut untuk berubah. Apa hujah Datuk?
Dulu orang Melayu tidak kenal pemimpin DAP, dan DAP sendiri dari dulu ialah sebuah parti oposisi. Sekarang ini apabila DAP sendiri mentadbir Pulau Pinang dan terbukti jauh lebih baik daripada BN, jadi orang lihat, ia bukan saja sekadar parti ‘pembangkang’ tetapi DAP boleh mentadbir sebuah kerajaan dengan rekod yang baik dan cemerlang.
Di Pulau Pinang, apa yang ditunjukkan kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuktikan bahawa DAP mengambil berat terhadap orang Melayu dan agama Islam. Ini sudah cukup sebagai bukti kukuh DAP tidak pinggirkan orang Melayu. UMNO boleh cakap apa saja pun.
Lagi satu, realiti kita di Malaysia orang Melayu adalah majoriti. Secara logik, dan terbukti, apa pun dasar yang nak dibawa parti tidak akan meminggirkan Melayu. Bodohlah kalau begitu. Lagi pun dasar DAP berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan perjuangan adalah untuk semua kaum.
BERSAMBUNG: Bahagian kedua-Perbezaan perjuangan DAP dan UMNO
1 ulasan:
Salam bro.. Blog bro telah pun saya pautkan.. Mohon pautkan kembali blog saya Terima kasih, blog tuan
telah dipaut di http://bilarentapbangkit.blogspot.com/
Catat Ulasan