Ahad, 7 April 2013

Cari helah tolak, mana hudud Umno?

 
DETIK DAILY

KUALA LUMPUR: Para pemimpin Umno-BN dicabar supaya mengemukakan undang-undang hududnya sendiri bagi menggantikan ‘hudud PAS’ jika benar undang-undang Islam yang dikemukakan PAS bukan hukum hudud yang menepati Islam

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad dan para pemimpin Umno-BN lain diminta tidak hanya sekadar pandai bercakap mengatakan undang-undang hudud yang dikemukakan oleh PAS itu tidak boleh dilaksanakan kerana bukan hukum hudud sebenar seperti yang terdapat dalam Islam.

Antara pemimpin PAS yang lantang mencabar Umno-BN mengetengahkan undang-undang hududnya sendiri itu termasuklah Musyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Md Nawi.

Adun Kemelah dari Umno- BN Johor, Dato’ Ayub Rahmat turut dicabar supaya mendorong dan membantu Umno-BN mengemukakan undang-undang hudud parti itu, bagi melengkapkan dakwaannya mengenai kekurangan undang-undang hudud yang dikemukakan oleh PAS.

Meskipun sering dicabar, Umno tetap gagal mengemukakan undang-undang hudud mereka sendiri untuk dibandingkan dengan undang-undang hudud yang dikemukakan oleh PAS untuk dilaksanakan di negara ini.

Kegagalan Umno-BN mengetengahkan undang-undang hudud mereka sejak dulu hingga sekarang menyebabkan tembelang sebenar parti itu terbongkar dengan jelas di mata rakyat.

Untuk itu, mereka cuba berselindung di sebalik pelbagai alasan yang sengaja dicipta bagi mengelabui pemikiran rakyat sehingga tergamak mempermainkan tuntutan Allah dan hukum Allah.

Tiada ulasan: