KEADILAN DAILY
CHERAS - Datuk Seri Anwar Ibrahim terharu menyaksikan penyokongnya duduk dalam becak ketika mengikuti ceramah di padang bola di Jalan Juju, Bandar Tun Razak di sini, malam tadi.Prihatin, beliau yang sedang berucap di pentas berhenti lalu menegur mereka dengan suara lunak dan nada simpati: “Yang duduk atas lecah (becak), basah seluaq (seluar).
Selepas penyokong itu kelihatan menjawab sesuatu, kedengaran Anwar berkata: “Okay ya. Hang pa ni, kot lelaki basah, eh yang perempuan pun basah (becak berdekatan) sama sekali.
“Saya ucap terima kasihlah. Mana nak cari penyokong macam ini, fikir tengok,” katanya sebagai menghargai kesanggupan mereka, ikuti tepukangemuruh dari lebih 5,000 hadirin.
Terdahulu, hujan lebat pada petang sebelum ceramah perdana yang menyelitkan pengumuman calon Parlimen bagi Wilayah Persekutuan.
Ketua Umum KEADILAN itu mengaitkan sokongan padu mereka sebagai hikmah atas segala penghinaan yang dilempar Umno kepadanya.
“Sebab itu, ya saya boleh gurau. (Tapi) ada hikmah derita, kena pukul, kena telanjang, tiap malam 15 minit (berita media kawalan Umno) dicerca,” katanya.
Selain Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tian Chua, Nurul Izzah, Dr Idris Ahmad, Dr Tan Kee Keong dan Ibrahim Yaakob antara yang berucap.
Untuk tonton, KLIK INI (time code 1:34:12) -(FZL)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan