Aliff Fikri
JOHOR : Perjanjian pembekalan air antara Johor dan Singapura
membuktikan Umno tidak bijak mengurus bahan mentah itu berbanding
Pakatan Rakyat, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
“Ingat perjanjian air Johor-Singapura? Johor jual kepada Singapura
dengan harga 3 sen setiap 1,000 liter. Singapura proses, rawat kemudian
jual balik pada harga 50 sen Dollar Singapore.
“Perjanjian itu berkuat kuasa hingga 2061. Inilah perjanjian yang
cukup unik hasil dari ‘kepandaian’ Umno BN memerintah,” katanya, sinis
pada pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Johor malam tadi.
Sebaliknya,
Setiausaha Agung KEADILAN itu berkata, Pakatan jauh lebih bijak
mengurus air hingga mampu memberi 20 meter padu air percuma kepada
rakyat.
“Tawaran 15 perkara dalam manifesto Johor, sebahagiannya diaplikasi
dari pengalaman memerintah beberapa negeri. Contohnya, air percuma,”
kata beliau.
Mengulas lanjut, Saifuddin percaya hanya Pakatan mampu mengurus kewangan dengan baik dan amanah, malah sudah membuktikanya.
“Ambil alih Selangor dari Umno BN aset keuntungan akhir Mac 2008
ialah RM600 juta. Lima tahun perintah, ia berjumlah RM2.6 bilion.
Peningkatan RM2 bilion.
“Kelantan pula diiktiraf negeri bebas rasuah. Selama 22 tahun
perintah tiada seorangpun pimpinan diheret ke mahkamah kerana rasuah,”
katanya.
Beliau
berkata, ia hasil sikap amanah dan prinsip pimpinan yang mahu rakyat
memperoleh nikmat, bukan engejar kepentingan tertentu.
“Urus kewangan ibarat kawal edaran darah ke tubuh manusia. Jika ia
terkepung atau luka dan tak dirawat segera, darah keluar banyak
menyebabkan tubuh jadi lemah.
“Begitulah jika kewangan jika tak diurus dengan berhemah – membazir,
bocor dan rasuah, pengurusannya jadi rosak,” kata calon Parlimen Bandar
Baharu Kulim itu.(FZL)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan