Isnin, 15 April 2013

Abdul Khalid Tanding Pelabuhan Klang, Mahu Tebus Kesilapan


mb khalid pelabuhan klang calon 02

PELABUHAN KLANG  : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap pencalonnya di kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai peluang untuk beliau menebus “kesilapan” lima tahun dahulu.

Ini kerana menurut setiausaha politiknya Faekah Husin, penyandang kerusi Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah,  dipilih oleh Abdul Khalid sendiri.

Pada pilihanraya ke-12, pada Mac 2008, Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang dengan majoriti 4,407 di bawah tiket PKR.

Pada Oktober 2009, Badrul meletak jawatan dalam PKR dan ishtiyar bahawa beliau telah keluar parti dan mengumumkan dirinya sebagai Adun Bebas.

 mb khalid pelabuhan klang calon 03


Di dalam ucapannya, Abdul Khalid mengakui kesilapannya dahulu dalam memilih Badrul Hisham dan berkata ketika itu beliau ditemui oleh Yang dipertua Pas Pelabuhan Klang Ismail Arshad.

“Dia cakap Badrul ni tak betul, orang Pas tak setuju dengan dia … Jadi saya kena cari orang nak ganti, dia kata orang pas ada ganti.

“Saya kata tunggu dulu sebab saya perbetulkan masalah ni. Saya ntah macam mana, tak boleh buat apa. Saya pilih Badrul ni. Saya pun tak tahu macam mana nak buat.

“Itulah pengajaran pada saya, orang yang kita pilih mungkin tak kena,” kata Abdul Khalid di dalam satu majlis sepetang bersama Menteri Besar di Pandamaran Jaya di sini semalam.

Sekiranya dipilih rakyat, Abdul Khalid berjanji akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah kawasan tersebut yang lima tahun diabaikan oleh Badrul Hisham.

“Banyak masalah di Pelabuhan Klang yang tiada orang berani selesaikan. Saya jadi Adun saya selesaikan. Masalah seperti kilang dan pemilikan tanah, kita akan selesaikan.

“Boleh jadi masalah (projek terbengkalai) PKFZ saya boleh selesaikan,” ujar Abdul Khalid yang disambut laungan daripada 300 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir pada satu majlis di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya di sini semalam.

Abdul Khalid akan meninggalkan kerusi Dun Ijok yang akan dipertandingkan oleh Ketua PKR Wilayah Persekutuan Dr Idris Ahmad.

Turut hadir di majlis tersebut MP Klang Charles Santiago dan bekas Adun Pandamaran Ronnie Liu.

Tiada ulasan: